-->

:aisynur humaira:

klik-klik


ShoutMix chat widget
;)

Thursday, March 31, 2011

.:: Apa khabar JODOHKU ::.

* sebenarnya...aku ada terbaca sal ni dlm fb..aku rasa cm menarik je kata2 nih...so aku share2 la yee.x bermaksud apa2 pon...hanya sekadar berkongsi maklumat.*

*********************************

Apa khabar jodohku? Sihatkah?
 Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?



Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..

Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..

Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..

Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…

Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.

Salam hormatku dan sayangku untukmu…. :)
******************************

Nota Kaki ::>>> apa khabar jodohku...???...smoga kte bertemu dlm limpahan rahmatnya..suatu hari nanti...

at 7:34 PM coret-coret aisyahusna 2 0 omelan manja
Labels: Personal, Tazkirah

Wednesday, March 30, 2011

Aku ingin mencintai-Mu





Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena

Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia

Untuk menghambakan-MU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapan-MU


Reff:

Aku ingin mencintai-MU setulusnya,
Sebenar-benar aku cinta
Dalam do`a

Dalam ucapan

Dalam setiap langkahku

Aku ingin mendekati-MU selamanya

Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu dengan-MU ya Rabbi 







Pencipta : 
Album : Muhasabah Cinta
Label : Edcoustic




Nota Kaki ==> Actually...ni lgu blog aku..hehe..suka sngt lagu ni....^_^
at 6:13 PM coret-coret aisyahusna 0 0 omelan manja
Labels: Lagu

Friday, March 25, 2011

.:Cinta x smestinya memiliki:.

TUHAN MEMBERI KTE UTK BERJALAN, 
2 TANGAN UNTUK MEMEGANG,
2 TELINGA UNTUK MENDENGAR 
DAN 2 MATA UNTUK MELIHAT.
TETAPI…….. MENGAPA TUHAN HANYA MENGANUGERAHKAN SEKEPING HATI PADA KITER? 
KERANA TUHAN TELAH MEMBERI SEKEPING LAGI HATI PADA SESEORANG UNTUK KITER MENCARINYA. 
ITUKAH NAMANYA CINTA....


ADA 2 TITIS AIR MATA MENGALIR DI SEBUAH SUNGAI....
SATU TITIS AIR MATA ITU MENYAPA AIR MATA YANG SATU LAGI. 


“SAYA AIR MATA SEORANG GADIS YANG MENCINTAI SEORANG LELAKI 
TETAPI TELAH KEHILANGANNYA.


"SIAPA KAMU PULA?”.


JAWAB TITIS AIR MATA KEDUA ITU,


”SAYA AIR MATA SEORANG LELAKI YANG MENYESAL MEMBIARKAN SEORANG GADIS YANG MENCINTAI SAYA BERLALU BEGITU SAHAJA,”

CINTA SEJATI ADALAH KETIKA DIA MENCINTAI ORANG LAIN,
DAN KAMU MASIH MAMPU TERSENYUM,


SAMBIL BERKATA :


”AKU TURUT BAHAGIA UNTUKMU".

JIKA KITER MENCINTAI SESEORANG,
KITER AKAN SENTIASA BERDOAKANNYA....
 WALAUPUN DIA TIDAK BERADA DISISI KITER.....










**********************************************************





Tak semua kita mahu dapat. Tak semua kita harapkan kita miliki. 
Tapi, kalau kita ikhlas, kita tetap akan rasa bahagianya perasaan itu seolah-olah kita sudah memiliki!
 Menakjubkan! Dan lebih menakjubkan.. 
Kita tak kan ada rasa sakit hati disebabkan kita sememangnya bukan siapa-siapa bagi individu tersebut untuk memendam rasa yang lebih... 
Mungkinlah... Tapi, awas.. ada ketikanya kita tetap akan sedikit terluka akibat memendam rasa sendiri!!
 Namun, itu lebih baik, sekurang-kurangnnya sakit itu tidak seperti sakit apabila dihampakan!
 Kerana mungkin hati kita x m'harapkan apa2 kpd org yg kita sukai...
Dan... kadangkala sepi itu adakalanya indah.... 








Nota Kaki => Tbe2 je..ase jiwang cket mlm ni..haha...skali skala je...nak release tension ngn assgmnt yg menggunung..haha...
at 10:01 PM coret-coret aisyahusna 6 0 omelan manja
Labels: Perasaan

Wednesday, March 23, 2011

~Sekitar keputusan SPM 2010 keluar~


SPM : Kelantan catat keputusan terbaik dalam tempoh 7 tahun


KOTA BHARU 23 Mac - Kelantan mencatat keputusan terbaik dalam tempoh tujuh tahun pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan hari ini dengan Gred Purata Negeri (GPN) mengatasi peringkat nasional iaitu 5.15 berbanding 5.19.
Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, sebanyak 93.73 peratus daripada 35,594 calon yang menduduki peperiksaan itu layak mendapat sijil, berbanding 91.2 peratus di peringkat nasional.

Beliau berkata, seramai 278 calon mendapat keputusan cemerlang dengan enam orang memperoleh semua A bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

Katanya, enam calon cemerlang itu ialah Faiz Ziad Zainuddin dan Liew Hong Kheng kedua-duanya dari Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu yang memperoleh 10A ; Song Chai Lin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kota Bharu juga 10A .

Turut memperoleh keputusan cemerlang ialah Muhamad Izzat Syameer Mohd. Zaid dari Sekolah Menengah Agama Lati, Pasir Mas (11A ); Imran Ariffin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas dan Salina A/P Sangguan (10A ) dari SMK Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, masing-masing 10A .

"Pada tahun ini terdapat 59 buah sekolah mengatasi peratus calon yang layak mendapat sijil peringkat negeri dengan 22 sekolah mencapai kelulusan 100 peratus berbanding 18 buah sekolah tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 
2010 di Jabatan Pelajaran Negeri di sini, hari ini. -  Utusan





Pelajar Cina dapat A dalam Tasawwur Islam

KUALA TERENGGANU 23 Mac - Seorang pelajar berbangsa Cina mencatatkan sejarah tersendiri apabila memperoleh A bagi mata pelajaran Tasawwur Islam dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang keputusannya diumumkan hari ini.

Wong Yujing, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, adalah antara 17 pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat 10A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Tasawwur Islam.

"Mata pelajaran Tasawwur Islam saya ambil kerana minat dan ingin tahu mengenai agama Islam,” kata anak sulung daripada tiga beradik ketika ditemui pemberita di sekolahnya di sini hari ini.

Katanya, beliau berminat mengikuti mata pelajaran tasawwur sejak di tingkatan empat lagi dan dia banyak dibantu oleh rakan-rakan Melayu yang mengikuti mata pelajaran itu.

Yujing dari Kampung Gong Badak berkata, beliau membaca buku teks mata pelajaran tasawwur dan cuba memahaminya dengan mendalam. - Bernama

Keputusan SPM bukti 'tawaran baru' beri kesan positif



PUTRAJAYA 23 Mac - Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini, jelas menunjukkan program Tawaran Baru yang dilaksanakan antara sekolah dan Kementerian Pelajaran memberikan kesan positif dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah.


Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud berkata, ini berdasarkan kepada penurunan bilangan sekolah dengan pencapaian sekolah berpotensi pada tahun lepas melebihi 50 peratus berbanding 2009 iaitu daripada 143 sekolah kepada 66 sekolah.


Justeru itu, beliau berkata, satu majlis khas untuk mengumumkan nama-nama sekolah terbaik serta pelajar cemerlang akan diadakan di Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jalan Duta Kuala Lumpur pada 1 April, yang dijangka dirasmikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.


"Rumusan kementerian juga mendapati sebahagian besar sekolah berada dalam kategori pencapaian sekolah Cemerlang, Baik dan Memuaskan,” katanya pada persidangan akhbar untuk mengumumkan analisis keputusan SPM di sini hari ini.


Beliau berkata, pada tahun lepas 67 sekolah dikategorikan cemerlang berbanding 66 pada 2009, 340 baik berbanding 278 dan 1,683 lagi sekolah di bawah kategori memuaskan berbanding 1,654.


"Semua pihak yang terlibat khususnya para pentadbir dan guru-guru sekolah berjaya memainkan peranan masing-masing dengan efektif dan efisien hingga dapat melahirkan pelajar yang berupaya mencapai kecemerlangan akademik,” katanya.


Tawaran baru atau bai”ah itu adalah empat bidang kecil di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan, menawarkan guru besar ganjaran RM7,500, diikuti lima peratus daripada jumlah keseluruhan guru di sekolah terbabit menerima RM1,800 manakala baki guru lain mendapat RM900, petugas sokongan seperti kerani juga diberi imbuhan setimpal. - Bernama




Nota Kaki  ---> Tahniah kpd adik2 yg berjaya...teruskan perjuangan anda dlm mencapai cita2..bagi yg tak berjaya..jgn bersedih dan putus asa...masih ada jalan untuk anda meneruskan cita2...asalkan ada usaha dan tekad yg kuat..



at 6:21 PM coret-coret aisyahusna 3 0 omelan manja
Labels: Fakta

Tuesday, March 22, 2011

Antara senyum dan air mata WANITA

Seorang teman meminta aku memberikan pendapat tentang kenyataan berikut : 

"Tangisan wanita lebih bertenaga dari senyumnya." Betul atau salah. 

Tersenyum aku membaca kenyataan itu. 

Jawapanku : Apapun kenyataan itu amat subjektif - terpulang pada keadaan kerana tangisan wanita punya pelbagai interpretasi.

MENANGIS TAK BERERTI LEMAH


Adakalanya tangisan wanita memberi kekuatan, melepaskan perasaan, memujuk diri, kecewa atau gembira. Tidak kurang juga tangisan itu melambangkan kelemahan pada sesetengah wanita. Tangisan boleh jadi senjata yang amat berguna dalam pelbagai keadaan. Kerana itulah TUHAN mencipta airmata untuk manusia terutama buat wanita.

SENYUM ITU SEDEKAH


Pada masa yang sama kekadang senyuman itu lebih bertenaga kerana gembira, terpaksa, memujuk atau menyindir. 

Apapun padaku : jika wanita menangis tanpa airmata - lebih berbahaya dan kekuatannya amat luar biasa. Dan jika mereka senyum kerana terpaksa kekadang penuh racun berbisa atau mungkin terkandung sejuta rahsia. Sudah tentu kita tidak lupa pada senyuman MONALISA... 






Oleh itu awas dengan tangisan dan senyuman wanita...




Nota Kaki => Apapun jika teman-teman di luar sana punya pandangan yang berbeza, silalah kongsi bersama. 
at 7:33 PM coret-coret aisyahusna 0 0 omelan manja

Tuesday, March 15, 2011

Holiday at Terengganu

Aduhai...malasnya rasa...
padahal assigment bertimbun-timbun...

"whai incik malas..nyah kau dari sini !"

pergi la maen jauh2..jgn la ggu aku..
satu assgment pn aku x sentuh ag ni...
bila la nak start ni...
berjalan...rajin pulak..
bila suh wat assgment..mula la start..malasnya...
adoyai..apa nak jadi ni Aisyah !!!

apa la erti sebuah cuti..klu x bercuti...

ehh..apakah itu...???
cam pening je..ayatnya..
ntah la..aku pun ase cm pening..
cuti kali ni..penuh ngn assgment,kerja kursus,kertas kerja...
fuhh..dan seangkatan dengannya...

ptg tdi..aku baru balek dri Kuala Terengganu...
tdo kat umah member dlm 3 malam la jgk...
ala..umah mmber aku yg duk KT tue..Farihin namanya..
ktorng ada wt research cket..sal kerja lapangan ktorng kat IPG KDRI..
research..x seberapa..tp,b'jalan je yg lebih..
ingt ke..nak g jln kt pantai..tp,x bleyh..coz bahaya..
ombak pn tgh tinggi skrg..air pn pasang...
so..tgok pantai dri jauh jelh...
terkilan la jugak asenya..tp,nak wt cmne,..keselamatan itu penting...


tyme duk kat umah Farihin 2..ada la jgk..ktorng g jalan2..
mula2 g Kuala Terengganu..g beli tiket bas tuk balik..
then..g round2 jap kt atas terminal bas 2...
tgok2...usha2 brg..mne tau..klu ada yg berkenan..
bleh la..prepare duit cket..hehe..
ptg Ahad 2..ktorng g umah Ain Hazwani..(roomate Farihin)
smpai la..maghrib...adoyai..
kesian Farihin..x psl2 kena marah ngn abah dy..coz blek lmbt..
ishh..apa la..anak dara blek tyme maghrib..x elok tau..
sowie yee Farihin...kesian mg..kena maroh...

Then..keesokannya..ktorng g Terminal Bas..
apa lagi..SHOPPING la..haha..
amboi..rambang mata ase..
xtau nak beli yg mana..sumenya cantek2 belaka...
so..terpaksa la beli mngikut bajet yg ada...
beli byk2 pn..klu xde bajet..x guna gak...


petang 2..ktorng g jalan ke Setiu..
ingat nak g Pantai Penarik...
tapi,ummi Farihin x bagi..coz bahaya...
then..terus la tukar plan..
yg lawaknya..mcm mana la..ktorng boleh t'fikir nk g jln umah Adam Amirul..
mmg lawak gler ase..dh la..junior..tbe2 je g umah senior...
akhirnya..jadi gak la..plan ktorng nak g umah Adam..
ingt ke dekat je ngn umah Farihin...rupanya..jauh laa..ada la..amik masa 1 jam p'jlnn...
smpt gak la..aku tdo dlm kereta Swift, umi Farihin..haha..(penat shopping sbenarnya)
Farrah x ikut skali..coz dy balik Kuantan dlu...kesian Farrah..demam campak plak..
sabar ea Farrah...dugaan la 2...
so..aku,Nurun ngn Farihin jelh...yg g umah Adam...
smpt gak ktorng g m'lawat kandang kambing...tepi umah Adam...
siap b'gambar ag kt situ..haha...

Keesokannya...ktorng pn pulang ke umah masing2...dgn mnaiki bas..
first time,aku naik bas sorng2..hehe..
pengalaman pertama...
kelam kabut aku ngn Nurun cari bas ktorng..bese la..x prnh naek bas la katakn..
Alhamdulillah..ktorng smpai di destinasi yg dituju dgn selamat...
Best gak..bercuti di Terengganu...ase cam nak g lagi...


Nota Kaki =>  tQ ea..Farihin sekeluarga...klu ada ksempatan,ktorng dtg ag...^_^



at 11:47 PM coret-coret aisyahusna 6 0 omelan manja
Labels: Kembara

Monday, March 14, 2011

..:Sehari di IPG KDRI:..

Alhamdulillah
Aku , Nurun dan Farrah smpai di Terengganu dgn selamat..
kdtngn ktorng ni..bwk hajat..haha
acehhh....cm beso je hajatnya...
sbenarnya..ktorng g umah Inn..
coz kne wt kajian geografi berasaskan perkhidmatan dlm sektor pendidikan..
so..ktorng pilih Terengganu ataupun Batu Rakit..b'dasarkan sebab2 yg tertentu..

Perjalanan kerja kami arini..berjalan lancar...
wlaupun..ada sdikit kesulitan..
tapi..alhamdulillah..dpt diatasi dgn baik...
setakat ni..kajian geografi..b'jalan dgn lancar..
esok plak..ktorng akan ke SMK Mengabang Telipot..*ex skolah Farihin*
stakat ni..ktorng bru g observe di IPG Kampus Dato' Razali Ismail...

wahh..setelah ktorng jelajah kampus ni..
cantek jgk yee..maktab batu rakit ni....
byk sngt prasarana yg t'dpt kt mktb ni..xde kt Afzan,,,huhu..
mmg jauh beza la...
tp..bese la 2..x sume yg dy ada..kita ada..
so..bersyukur la dgn apa yg ada..

*Hasil jelajah ktorng*

\


Dewan Kuliah


Perpustakaan

Gimnasium

Kafeteria

Surau a.k.a Balai Islam

otw ke asrama

Bilik Operasi Warden

Asrama Putera & Puteri










and last but not least..our photographer today is..Farihin...



Nota Kaki => pas siap wat kajian...jom kita g shopping...hehe..~
at 12:52 AM coret-coret aisyahusna 2 0 omelan manja
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
 Silent Reader (s)

✿ aku tak berdaya ✿

✿ pengarang jantung ✿

✿ ThIS iS mE ✿

My photo
aisyahusna
currently studying Bahasa Melayu course in IPG Kampus Tg Ampuan Afzan , Pahang...teacher-to-be...^^
View my complete profile

✿ click me :) ✿

✿ chit-chat room ✿


ShoutMix chat widget
;)
Total Posts: 119
Total Comments: 253
get this

✿ Post terkini ✿

get this widget here

kategori (◕‿◕✿)

  • Contest (2)
  • Dunia Kampus (16)
  • Fakta (8)
  • Filem / Drama (5)
  • Keluarga (3)
  • Kembara (6)
  • Lagu (3)
  • Perasaan (5)
  • Personal (17)
  • Remaja (4)
  • Tazkirah (14)

✿ conteng-conteng ✿

  • ▼  2011 (115)
    • ►  December (5)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (7)
    • ►  July (8)
    • ►  June (10)
    • ►  May (16)
    • ►  April (18)
    • ▼  March (12)
      • .:: Apa khabar JODOHKU ::.
      • Aku ingin mencintai-Mu
      • .:Cinta x smestinya memiliki:.
      • ~Sekitar keputusan SPM 2010 keluar~
      • Antara senyum dan air mata WANITA
      • Holiday at Terengganu
      • ..:Sehari di IPG KDRI:..
      • .::Balik Kampung::.
      • !!! SPoRt dAY !!!
      • S.A.H.A.B.A.T.
      • Cukup 2 tahun
      • ..:MeRenTaS DeSA:..
    • ►  February (12)
    • ►  January (15)
  • ►  2010 (4)
    • ►  December (4)

✿ saya baca belog ini ✿

  • Hami Asraff
    Kenangan, Rindu, Ujian, Harapan.
  • The Other Khairul
    Kelemahan dan Keburukan Seseorang Juga Merupakan Satu Rezeki
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
  • Irine Nadia Marcello
    Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
  • .. cik epal ..
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Hanis Zalikha
    Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
  • SolihinZubir.com

✿ popular post ✿


Get this widget here

✿ lalulintas ✿

COuNtEr (◕‿◕✿)

49835
Background Labs

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hak milik mutlak ✿ aisyasensei.blogspot.com ✿Dis 2010. Powered by Blogger.
Copyright@2010. All Right Reserved by aisyahusna