klik-klik


ShoutMix chat widget
;)
Showing posts with label Dunia Kampus. Show all posts
Showing posts with label Dunia Kampus. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

Bicara C.I.N.T.A

Assalamualaikum w.b.t

Tidak terlambat rasanya untuk aku berkongsi serba sedikit ilmu yang telah aku perolehi daripada sebuah forum yang diadakan di maktabku sendiri . Forum tersebut bertajuk " Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul".Forum ini telah dikendalikan oleh BIAGA IPGKTAA sendiri. 

Dua orang ahli panel iaitu Dr Farhan Hadi dan isteri iaitu Ustazah Fatimah Syarha telah dijemput hadir bagi berkongsi ilmu mereka. Pasangan bahagia ini merupakan pendakwah bebas, penulis novel dan kolumnis majalah Solusi. Pasti ramai yang pernah membaca karya pasangan ini. Antara karya mereka yang popular ialah Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul dan Denyut Kasih Medik. Alhamdulillah, kedua-dua novel ini telah aku baca. ^^


novel ' Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul' karya Ustazah Fatimah Syarha


novel 'Denyut Kasih Medik' karya Dr Farhan Hadi

Antara input-input yang telah aku perolehi daripada forum tersebut ialah :-

  • cinta itu fitrah, andai salah menguruskannya akan menjadi fitnah, pabila berjaya menguruskan cinta maka akan membawa kepada barakah.
  • cinta itu haruslah disandarkan kepada ALLAH, pemilik cinta yang sejati.
  • jangan melihat sekadar atas nama cinta sahaja tetapi lihatlah pada hakikat cinta tersebut. ( pabila lihat pada luaran sahaja, cinta kan bisa mengaburi mata dan akan meninggalkan efek yang besar)
  • cinta itu sesuatu yang membahagiakan, tetapi cinta juga boleh menggilakan.
  • cinta juga mempunyai batas-batas tersendiri . ( jika tanpa batasan cinta, cerdik pandai juga bisa jadi gila dek penangan cinta yang bertunjangkan nafsu semata)
  • jangan jadikan cinta itu seperti arak yang memabukkan manusia. tapi jadikan cinta itu seperti pedang. jika digunakan dengan betul. cinta mampu menjadikan diri lebih positif ke arah kejayaan.
  • jangan gusar jika tidak mencapai keserasian dalam perhubungan tetapi gusarlah jika syariat tidak sehaluan.
  • dalam memilih pasangan lihatlah pada 4 perkara. kecantikan, harta, pangkat dan agama. dan pilihlah yang beragama kerana itulah yg sebaik-baiknya.
  • jangan gusar dalam mencari pasangan yang soleh atau solehah. tapi gundahlah andai diri ini bukan lagi menjadi soleh atau solehah.
  • percayalah pada janji ALLAH, kerana janji ALLAH itu pasti !

"bicara tentang cinta pasti tiada penghujungnya. tiada sape mampu mendefiniskan cinta secara tepat. kerana cinta itu sifatnye subjektif. hanya orang yang mengalaminya sahaja akan memahaminya... "
                                                                                             - Dr.Farhan Hadi - 







sempat mengabadikan foto bersama pendakwah bebas & penulis iaitu Ustazah Fatimah Syarha

Saturday, October 15, 2011

Debat IPG 2011

Alhamdulillah, selesai sudah Debat IPG peringkat Kebangsaan yang bermula pada hari Isnin , 09 Oktober 2011 sehingga 13 Oktober 2011. Pertandingan Debat Piala Timbalan Menteri Pelajaran ini berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (maktab aku seyh). Pertandingan ini telah disertai oleh guru pelatih daripada 21 buah IPG di seluruh Malaysia. Hanya terdapat 3 IPG sahaja yang tidak menghantar wakil dalam pertandingan ini. 24 buah IPG yang terlibat ialah ;- 

  • IPG Kampus Tg Ampuan Afzan (AFZAN)
  • IPG Kampus Kota Bharu (IPKB)
  • IPG Kampus Dato' Razali Ismail (KDRI)
  • IPG Kampus Sultan Mizan (MIZAN)
  • IPG Kampus Bahasa Melayu (IPBM)
  • IPG Kampus Ilmu Khas (IPIK)
  • IPG Kampus Bahasa-bahasa Antarabangsa (IBBA)
  • IPG Kampus Perlis
  • IPG Kampus Darulaman (IPDA)
  • IPG Kampus Rajang
  • IPG Kampus Keningau
  • IPG Kampus Sultan Abdul Halim (IPSAH)
  • IPG Kampus Ipoh
  • IPG Kampus Raja Melewar (IPRM)
  • IPG Kampus Tun Hussein Onn (IPTHO)
  • IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
  • IPG Kampus Pulau Pinang
  • IPG Kampus Tuanku Bainun
  • IPG Kampus Batu Lintang
  • IPG Kampus Temenggong Ibrahim (IPTI)
  • IPG Kampus Kent
  • IPG Kampus Tawau
  • IPG Kampus Gaya
  • IPG Kampus Pendidikan Islam (IPIS)

Akhirnya Piala Timbalan Menteri Pelajaran berjaya dirangkul oleh IPG Kampus Gaya dan takhta pendebat terbaik turut dipegang oleh guru pelatih daripada IPG tersebut iaitu Mohd Farik. Pertandingan akhir ini berlaku diantara IPG Kampus Gaya dan IPG Kampus Bahasa Melayu dengan membawa usul : Sekolah Vernakular Mendukung Gagasan 1 Malaysia.Kejayaan berpihak disebelah pihak Kerajaan. TAHNIAH kepada para pemenang.



Pertama kali, aku dan rakan-rakan PPISMP BM2 Semester 3 telah diberi mandat menjadi urus setia pertandingan.Gembira + teruja = penat. Setiap orang daripada mempunyai tugas dan peranan masing-masing. Tugas aku kali ini ialah menjadi urus setia ( AJK Tempat Pertandingan ). Aku ditugaskan menjaga Bilik Sidang 7, terdapat 12 buah bilik sidang kesemuannya.








Nabila dan Masnur (rakan sekelas) , mereka terlibat sebagai AJK Makanan. Kesian dorang, ktorng asyik tanya sal makanan je...haha..dahla, asyik minta makanan lebih je...*budak laki ea*kitorang takpun.



penonton setia IPIK , si baju hijau...haha..dia minat sangat la dgn seorang budak IPIK...ishh3...sume sidang dia akan tengok *bila IPIK bersidang jelh*




 pendaftaran para peserta pertandingan


Yang dipertua & Penjaga Masa yg setia
kakak-kakak Semester 4

Kitorang hanya ditugaskan menjaga bilik sidang, menghantar keputusan pertandingan dan menguruskan tempat pertandingan. Tapi, rasa-rasanya macam semua tugas je ktorang wat.Biasalah , nama pun junior kan..kenalah ikut kata senior.


IPSAH vs AFZAN


Terima kasih kepada Siti Fatihah kerana sudi menemani aku dalam menjalankan tugas sebagai AJK Tempat Pertandingan sepanjang pertandingan berlangsung. 


uishhh, gambar curi nihh...masa ni, otw nak g hantar keputusan pertandingan ke Dewan Kuliah B. Akmalrayyan punya kerja la nih.credit to him.Kau membuatkan aku teringin untuk memiliki DSLR sendiri.Semua gambar kau cantik la.^^

- Nota Kaki -

Tamat sudah, semua aktiviti ... x lama ag final exam...wish me luck...=)

Monday, September 26, 2011

Aktiviti SEPTEMBER 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar anda semua hari ini ? Harap, semuanya baik-baik saja..
dah agak lama x melibatkan diri dalam dunia blogging ni,kadang-kala x sempat langsung nak buka www.blogger.com , lantaran jadual aktivit yang sangat padat. aishhh, rasanya dah sebulan x lekat kat maktab tercinta..asyik keluar je..mana x nya, sekejap ke Putrajaya..pastu ke Taman Negara pulak..last sekali g Kuantan pulak..sampaikan pensyarah sendiri tegur yang kitorang ni sibuk sngt lebih drpd pensyarah pula..

Bagi aku, bulan SEPTEMBER lah bulan yang paling sibuk tahun ni...apa taknya, aku x sempat langsung nak rehat-rehat kat maktab...

06 - 16 September 2011  : Sambutan Kemerdekaan di Dataran Merdeka & Putrajaya
19 - 22 September 2011 : Sukan dan Rekreasi di Taman Negara, Kuala Tahan , Pahang
23 - 25 September 2011 : Kursus Kepegawaian Badminton di Wisma Belia Kuantan , Pahang

termasuklah seminggu cuti raya Aidilfitri di kampung halaman...fuhh, memang cukup la sebulan xde kat maktab...

Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2011


10 buah IPG dikehendaki menghantar wakil utk melakukan persembahan semasa sambutan kemerdekaan dijalankan di Dataran Merdeka. IPG Kampus Tg Ampuan Afzan merupakan salah sebuah IPG yg terpilih, dan batch aku adalah batch yg terpilih, semua wajib pergi. Kami dikehendaki membuat persembahan Latar Manusia ataupun lebih dikenali sebagai Human Graphic. Sepuluh hari , kami berkampung di Presint 17, Putrajaya bagi memudahkan aktiviti latihan ini. Alhamdulillah, kami telah mencipta sejarah..hehehe....rasa puas hati sangat bila  semuanya dah selesai.





persembahan formasi daripada adik-adik KPM (pelajar drpd Selangor)


Perdana Menteri turut hadir bagi memeriahkan majlis




inilah skrip kami !
sekali tengok, x paham kan..sebenarnya, senang je nak baca skrip ni..=)

ini, namanya Lixin
dia partner sebelah aku masa persembahan ni..=)
sama x, muka kitorang ???
haha..

Thursday, July 28, 2011

Kajian Lapangan di Cameron Highlands

Assalam
bloggers and readers

entry kali ni, Aisyah nak cter sal journey Aisyah dri IPG KTAA ke Cameron Highlands
tapi, entry kali ni lebih banyak gambar la..coz mlas nak taip panjang2..haha..
xpe kan...hehe..

okay...readers...get ready...

start ur engine..

semua student minor Pengajian Sosial dikehendaki menjalankan kajian guna tanah di Cameron Highlands..so, kami tlh dibahagikan kpd beberapa kumpulan..dan Aisyah hanya berdua ngn Farrah...group kami..ada dua orang je...huhu...group org laen, semuanya 3 org...


suhu kat Cameron sangat best..hehe..sejuk je...

terima kasih kpd org awam yg sudi jadi responden kami..
jasa anda, sangat kami hargai.

jalan2 kat MARDI...tuk wat research...sempat la gak snap pixca...
lawa woo tempat kat sini..
walaupun cuaca panas..tapi, rasa cm nyaman je...


lawa plus cantik kann..bunga2 kat sini..
ase cam nak bwk balik je..


tyme ni..kitorng kat taman bunga..


ce teka apa nih ???

ini ialah aiskrim strawberri..
fresh tau..handmade...
baik dari ladang..
sebab, beli kat ladang strawberri ..
sedap sngt aiskrim ni..rasa cam yogurt je...
tapi, ada gak rasa cam susu Ducth lady yg perisa Stawberri...
rugi tau kalau sape2 yg pergi MARDI Cameron Highlands tp x try makan aiskrim ni..
harganya dalam RM 2.00 per cup..


stawberri segar..blum di petik ag..
nampak cam ranum je kan...


gambar berempat itu perlu..haha


still ag kat MARDI..


amek kauuu...
banyak giler barang2 kiut..
ase cam nak beli semua je..tp, bila memikirkan bajet..
xdpt la..den nak nolong...


duk jalan2..tetiba ada nampak sorang ni..muka cam familiar je..
pandang sekali ag...rupa2 nya artis laaa...
Zila Bakarin rupanya...
pas2..apa ag....snap la pixca satu...



Paan with Zain Ruffedge


Paan with Aqasha


amek kau..abes sume gambar Paan sorang ngn artis2..
nak wt cmne..dah amek ngn kamera hp Aisyah..sbb 2 la..termasuk skali dlm blog nih..


last2..tyme tuk kitorng la plak..
tapi, kitorng snap pixca ramai2 terus...
segan kot..nak mintak amek pixca sorng2...


wahhh..bunga-bunga segar..
suka sangat-sangat..
thank you to my classmate coz blanje aisyah bunga dua jambak..
suka sangat2..second times dapat bunga..haha..
btw..nice flowers walaupun pilih sendiri..haha

- Nota Kaki -

jauh perjalanan , luas pandangan
teringin nak g Cameron Highlands dgn famili 

Thursday, July 21, 2011

Kempen Menderma Darah

Jarum jam sudah menunjukkan detik 1.40 pagi..
mata masih tidak mahu ditutup..maybe efek tdo pas zohor tdi..
yelah, setelah mendermakan darah pagi tdi..
kepala pun jadi pusing..
terpaksa la tidur...

Hari ini dalam SEJARAH

Majlis : Kempen Menderma Darah
Anjuran : Unit Pengakap IPGKTAA & Hospital Kuala Lipis
Tarikh : 20 Julai 2011
Tempat : Dewan Darul Makmur

*******************************


selama 18 tahun aku menghirup udara segar di bumi Allah ini,
ini adalah kali pertama aku menderma darah.

takut gak sebenarnya, tapi aku pun tak pasti macam mana aku boleh tergerak hati nak menderma darah.
sebelum buat sebarang keputusan aku mintak kebenaran abah terlebih dahulu..
takut abah tak bagi kebenaran pulak, cm dah jdi kebiasaan..
pape keputusan yg aku wat.aku akan rujuk ngan abah dulu..
abah bgi kebenaran, so..aku apa ag...beresss jelh...

**********************************
pengalaman pertama menderma darah..
baru aku tahu..aku ni merupakan pemilik darah yang paling pemurah..
yang bisa diberikan kepada semua jenis pemilik darah yg memerlukan..
tapi, sayangnya..aku hanya mampu menerima darah yg sama jenis denganku sahaja..
iaitu darah jenis O+


sedih gak kan..klu cam2..
tapi ALLAH itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana..
ALLAH jadikan pemilik darah jenis O+ ramai...




banyak maklumat yg aku peroleh mengenai darah..
jarang sekali, kita akan menemui pemilik darah negatif...
contohnya macam O-, A-,B-, AB-
statik pun turut menunjukkan, betapa sedikitnya pemilik darah jenis negatif..
pihak hospital beritahu, kalau diorang jumpa darah ni..diorang akan terus simpan..
sebabnya, darah tersebut akan digunakan semasa berlakunya kecemasan.


alhamdulillah, selesai sudah niat aku tuk menderma darah...
semoga darah yg aku dermakan dapat menyelamat nyawa hamba ALLAH..
ameen


- NOTA KAKI-


jangan takut utk menderma darah kerana masih ramai yg memerlukan darah utk meneruskan hidup mereka..

Friday, July 8, 2011

On Duty

Assalam readers and followers.

Maaf sebab dah lama biarkan blog ni bersawang,
tak sempat nak update blog segala..

Sejak akhir-akhir ni, banyak sangat majlis yg diadakan di maktab, 
dan Aisyah turut terlibat...
jadi pembantu je..
ataupun orang panggil sebagai " present girl"

kerjanya x berat pun..tapi amat memenatkan la..
ke hulur ke hilir..semuanya nak kena rushing..
tapi semua tu..merupakan pengalaman..
yelah, pengalaman bukannya boleh beli kan..


this pixca taken by akmalrayyan...credit to him..=)

ni masa menunggu VVIP dan VIP..
kiranya..kitorang kena sambut kedatangan dorang la..
tapi, kitorang just mengiringi je...

kalau nak tau, dulang dengan kitorang..sentiasa bersama...


kalau nak kira perasaan malu tu..
memang x terkira la...
yelah kan siapa la yang tak malu..berdiri atas pentas..
sambil kamera pancar kat muka..pastu semua orang tengok..
tapi nak wat cmne ag...terpaksa la..


kesemua " present girls" ada dalam tujuh orang..
semuanya daripada unit Bahasa Melayu



- Nota Kaki -

pengalaman merupakan guru yang terbaik

Saturday, July 2, 2011

Larian Serentak


Tarikh : 2 Julai 2011 ( Sabtu )
Masa : 6.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Padang IPG Kampus Tg Ampuan Afzan

Assalam readers semua

Korang nampak tak maklumat kat atas .. ( sila rujuk atas )
Okay, kali ni aku nak cerita sal Larian Serentak sekuruh Malaysia..
Program ini diberi nama 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia..
sudah terang lagi bersuluh..ada perkataan murid kat program ni..
kompem2 la semua murid sekolah terlibat..
tak kira la sekolah menengah mahupun sekolah rendah..

jeng..jeng...tak lupa bakal cikgu sekolah pun terlibat sama...
urmmm....as we know..I'm a teacher wannabe..
so, I have to attend and join this program..
for ur information..program ini wajib keatas semua pelajar maktab..
takde sorang pun yg terkecuali..

kami diarahkan berkumpul di padang pada awal pagi..
memang betul2 dinihari..
pendaftaran dibuka pada jam 6.30 pgi sehingga 7.00 pagi..
program ini turut disertai oleh adik-adik Sekolah Kebangsaan Tempoyang dan SMK Sri Lipis..
dan juga warga guru pelatih IPG Kampus Tg Ampuan Afzan..


aku merupakan tuan punya nombor ini..00846..
setiap orang peserta program dibekalkan nombor..
aku xtau apa simbolik disebalik semua ni..tapi yg pasti, ktorng wajib pakai..


haaa.tengok..semua pakai nombor masing-masing kan..
ni semua budak perempuan kelas aku..
cuba tengok kat belakang gambar ni..cam ada benda warna putih kan..
kalau korang nak tau..itu Kabus la..
biasalah..nama pun awal pagi kan..mestilah ada kabus...



lepas tamat je larian..kitorang ada senam aerobik selama 1 jam..
memang enjoy la..sambil2 release tension..
tapi ase memang penat yang teramat la..
pas senamrobik..ada latihan kebakaran pulak..


xde motif letak pixca nih..haha..
sekali sekala...bukan selalu kan..=)

- Nota Kaki -

semakin banyak la pulak aktiviti dan majlis kat maktab sekarang..penat yg dulu..x hilang ag..tapi xpe la..semua tu pengalaman tuk kemudian hari..

Friday, July 1, 2011

Wanita dan Bola Sepak

Assalam readers and followers

Entry kali ni..aku nak cter sal Wanita dan Bola Sepak..
haishh..apasal tiba2 je ni....

buat pengetahuan kamu semua..untuk semester kali ni..
iaitu PPISMP SEMESTER 3 ..
aku dan rakan-rakan yg masih menuntut ilmu Pendidikan Jasmani,
dikehendaki mempelajari asas-asas penting dalam sukan dan permainan..
termasuklah bola sepak


uishhh...dasyat rasa..seumur hidup aku, x pernah main bola sepak..
(tapi klu setakat sepak sesuka hati 2, pernah la)

tetapi kali ini..kami iaitu guru pelatih wanita diwajibkan bermain bola sepak.
sudah terang lagi bersuluh..sifat kaki bangku kitorang..haha..
susah giler ase...dah la penat...
setakat ni, baru belajar yg asas je..
tak ada la sampai ada perlawanan..
 hanya belajar kemahiran asas permainan..itu pun sbgai guide line tuk exam nanti..
plus sbgai ilmu tuk mengajar kat sekolah nanti

tengok lah gelagat kitorang..betapa susahnya nak main bola..

nasib badan la belalang...nama pun minor Pendidikan Jasmani..
kena la belajar semua jenis permainan..
kalau tengok perlawanan bola..aku suka la..
lagi2 kalau pasukan feveret...Red Warriors..kompem duk depan tv..
terpengaruh ngn adik2 lelaki aku la ni..dorang sume minat bola sepak..
dengan aku sekali join tengok..
tengok jelh..nak main x reti...hehe...



- Nota Kaki -


tak sabar nak tengok gelagat guru pelatih lelaki bermain bola jaring






Malam Citra Pendita

Assalam to others...

SELAMAT HARI GURU tuk semua guru2 yg berada di Malaysia..
mahupun bakal guru sperti Aisyah..dan rakan2 di IPG..
Maaf lambat wish..lagipun masa 16 Mei aritu, Aisyah ada exam..
kiranya minggu peperiksaan la..
itu yg lambat wish..maaf yee..

pada 29hb Jun 2011, 
IPG KTAA iaitu maktab Aisyah sndiri tlh mngadakan sambutan Hari Guru peringkat IPG..
bermula pada waktu pagi sehingga ke malam hari..
kiranya ini adalah kali pertama Aisyah menyambut 
Hari Guru sebagai seorang bakal guru..=)

" Malam Citra Pendita"

merujuk tajuk entry kali ni..
Aisyah juz nak cerita pasal MALAM CITRA PENDITA..
malam tersebut merupakan kemuncak bagi Sambutan Hari Guru di IPG kami..
malam tersebut bertemakan warna hitam,putih dan merah..

pelbagai persembahan telah dijayakan dengan baik..
kesemua persembahan telah dijayakn oleh para pelajar mengikut
 item Siswa Budaya masing-masing..
antara persembahan yg telah dipersembahkan ialah :-


choral speaking


nasyid 


koir


perkusi


keyboard Ensembel


dikir barat

=>item teater juga turut mempersembahkan teater yg bertajuk " NIAT KITA "..
=>item band juga tlh menyampaikan 3 buah lagu..
iaitu lagu 

  • You raise me up, 
  • Cikgu Ayu dan lagu yg terakhir ialah 
  • Biarku menjadi Lilin..

tidak lengkap sesuatu majlis tanpa diserikan dengan kehadiran pengacara...
Malam tersebut tlh dijayakn oleh dua org pengacara iaitu 
saudara Mohd Nasrul dan saudari Nur Anissa...(dua2 senior Aisyah)
celoteh dan gelagat mereka turut memeriahkan majlis..



- Nota Kaki -

sangat teruja bakal bergelar seorang GURU
Copyright@2010. All Right Reserved by aisyahusna