klik-klik


ShoutMix chat widget
;)
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

Wanita bertudung itu cantik

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini Aisyah ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai sebab-sebab mengapakah Islam menyuruh wanita mahupun perempuan menutup aurat mereka dengan memakai tudung.

1)Tuntutan agama
Rasulullah menceritakan bahawa : “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya.



 2) Mengurangkan dosa 
Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.

3) Lebih pintar dan tenang
Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4) Tidak membazir 
Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli syampu, pewarna rambut yang mahal atau pergi ke salun.
5) Lebih sopan dan manis
Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi wanita2 nie ada value added sebenarnya)

 
 6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampu pelindung, hakikatnya syampu itu sendiri mengandungi bahan kimia yang merosakkan.   

7) Menjadikan diri anda “Mahal”
Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya yang tinggi di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8) Lebih dihormati 
Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi.

***********

Tiada sebab untuk mengatakan tidak kepada tudung.Jika anda menganggap memakai tudung itu kolot mahupun ketinggalan zaman.Sememangnya anda sendiri yang masih ditakuk lama.Mayapun ini menunjukkan fesyen tudung semakin pelbagai,ada yang mengikut syariat dan ada yang tidak.Semuanya bergantung kepada diri anda sendiri,tepuk dada, tanya iman.Ber "fesyen " tidak salah, cuma syariat dan batas-batas perlu dijaga.Islam itu mudah.
 
♥ Secantik mana pun perempuan tidak bertudung , cantik lagi perempuan yang bertudung ♥

p/s : Menutup aurat itu wajib ke atas umat ISLAM
 ·  ·  · Monday at 17:06

Sunday, November 20, 2011

Tidak perlu semua ini

Assalamualaikum w.b.t


Sekadar berkongsi ilmu dan pendapat di ruangan blog picisan ini.


Pabila aku berlegar-legar di ruangan pusat membeli-belah,kadang-kala mata ini terlihat akan gelagat muda-mudi dewasa ini yang sudah jauh tersasar dari syariat Islam terutama sekali dari segi pemakaian.


Kaum Adam memakai barang perhiasan seperti bangle,cincin,rantai.Kadang-kala terdapat juga segelintir daripada mereka memakai perhiasan emas.Adakah perhiasan seperti ini menjadi suatu trend ? Machokah anda bila memakai perhiasan ini ? Tepuk dada,tanya iman anda.


GAMBAR HIASAN




Wahai kaum ADAM sekalian,sila ambil perhatian ! Anda telah diharamkan oleh Allah untuk memakai perhiasan yang menyerupai emas,mahupun emas sekalipun.HARAM.titik.


Kalau anda kurang jelas akan hal ini.Sila rujuk Hadis Nabi Muhammad s.a.w :


Saidina Ali r.a bersabda :


"Rasulullah s.a.w mengambil sutera , lalu meletakkannya disebelah kanannya dan mengambil emas kemudian diletakkan disebelah kirinya , lantas Baginda bersabda : kedua-dua ini HARAM bagi orang lelaki dari umatku .(Hadis riwayat Ahmad , Abu Daud , Nasa'i , Ibnu Hibban dan Ibnu Majjah)


Sudah jelas lagi bersuluh yee para sahabat.




Tetapi,haruslah diingat disini yee,jangan melonjak-lonjak kegirangan bila anda memakai perhiasan silver mahupun gangsa sekalipun. Sila rujuk hadis ini :


Berdasarkan hadis Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah :


"Sesungguhnya haram (orang lelaki) menyerupai mereka (orang perempuan) antaranya ialah dengan memakai perhiasan yang khusus bagi mereka lagi yang lazim menjadi hak mereka seperti memakai gelang tangan , gelang kaki dan seumpama keduanya "

Faham murid-murid ? *praktis tanya murid-murid,haha*


Sedangkan semasa zaman sekolah pun,barang-barang perhiasan seperti ini akan dirampas oleh pengawas sekolah dan guru dan tergolong dalam golongan barang-barang yang diharamkan dibawa ke sekolah.Jadi, anda fikir-fikirkanlah.


Pada pendapat aku, tidak macho sedikitpun jika anda,iaitu kaum Adam memakai perhiasan seperti bangle,cincin dan rantai.Janganlah sehingga anda menghalalkan benda yang sudah sedia haram disisi-Nya.Sama-samalah kita bermuhasabah diri.Tidak perlu semua ini untuk kelihatan macho dimata semua.




 



Thursday, October 20, 2011

Bicara C.I.N.T.A

Assalamualaikum w.b.t

Tidak terlambat rasanya untuk aku berkongsi serba sedikit ilmu yang telah aku perolehi daripada sebuah forum yang diadakan di maktabku sendiri . Forum tersebut bertajuk " Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul".Forum ini telah dikendalikan oleh BIAGA IPGKTAA sendiri. 

Dua orang ahli panel iaitu Dr Farhan Hadi dan isteri iaitu Ustazah Fatimah Syarha telah dijemput hadir bagi berkongsi ilmu mereka. Pasangan bahagia ini merupakan pendakwah bebas, penulis novel dan kolumnis majalah Solusi. Pasti ramai yang pernah membaca karya pasangan ini. Antara karya mereka yang popular ialah Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul dan Denyut Kasih Medik. Alhamdulillah, kedua-dua novel ini telah aku baca. ^^


novel ' Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul' karya Ustazah Fatimah Syarha


novel 'Denyut Kasih Medik' karya Dr Farhan Hadi

Antara input-input yang telah aku perolehi daripada forum tersebut ialah :-

  • cinta itu fitrah, andai salah menguruskannya akan menjadi fitnah, pabila berjaya menguruskan cinta maka akan membawa kepada barakah.
  • cinta itu haruslah disandarkan kepada ALLAH, pemilik cinta yang sejati.
  • jangan melihat sekadar atas nama cinta sahaja tetapi lihatlah pada hakikat cinta tersebut. ( pabila lihat pada luaran sahaja, cinta kan bisa mengaburi mata dan akan meninggalkan efek yang besar)
  • cinta itu sesuatu yang membahagiakan, tetapi cinta juga boleh menggilakan.
  • cinta juga mempunyai batas-batas tersendiri . ( jika tanpa batasan cinta, cerdik pandai juga bisa jadi gila dek penangan cinta yang bertunjangkan nafsu semata)
  • jangan jadikan cinta itu seperti arak yang memabukkan manusia. tapi jadikan cinta itu seperti pedang. jika digunakan dengan betul. cinta mampu menjadikan diri lebih positif ke arah kejayaan.
  • jangan gusar jika tidak mencapai keserasian dalam perhubungan tetapi gusarlah jika syariat tidak sehaluan.
  • dalam memilih pasangan lihatlah pada 4 perkara. kecantikan, harta, pangkat dan agama. dan pilihlah yang beragama kerana itulah yg sebaik-baiknya.
  • jangan gusar dalam mencari pasangan yang soleh atau solehah. tapi gundahlah andai diri ini bukan lagi menjadi soleh atau solehah.
  • percayalah pada janji ALLAH, kerana janji ALLAH itu pasti !

"bicara tentang cinta pasti tiada penghujungnya. tiada sape mampu mendefiniskan cinta secara tepat. kerana cinta itu sifatnye subjektif. hanya orang yang mengalaminya sahaja akan memahaminya... "
                                                                                             - Dr.Farhan Hadi - 







sempat mengabadikan foto bersama pendakwah bebas & penulis iaitu Ustazah Fatimah Syarha

Monday, October 17, 2011

Hikmah S.A.K.I.T

‎Assalamualaikum pembuka bicara. Izinkan saya berkongsi sedikit cerita / ilmu yang saya perolehi daripada 'facebook' mengenai kasihnya Allah kepada hamba-Nya.


4 MALAIKAT YANG MENDATANGI ORANG YANG SEDANG SAKIT...

Tak perlu anda bersedih dalam sakit kerana itu adalah ujian dalam ibadah anda. Salah satu bukti kasih sayang-NYA adalah, Tuhan mengutus 4 malaikat untuk selalu menjaga kita dalam sakit. Berikut adalah penjelasannya;




“Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu semasa sihat dan semasa waktu senangnya.”

Ucapan Rasulullah SAW tersebut diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadist yang lain Rasulullah bersabda :


“Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya.”

Allah memerintahkan :

  • Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.
  • Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya.
  • Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat lesi.
  • Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akanmenyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba.

Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah lalu berkata :

“Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?”

Allah menjawab : “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut.”


Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

“Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”

Maa syaa Allah, Laa Quwwata Illaa Billaah





- Nota Kaki -

semoga cepat sembuh ye wahai sahabat * Munira Anuar * 
*sila layari http://munbulan.blogspot.com/ *

Monday, August 22, 2011

Istimewanya UJIAN daripada ALLAH

Allah berfirman yang bermaksud : " Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui, " (Surah Al-Baqarah, 2: 216)



" Maha Suci Tuhan yang amat kasih akan hamba-Nya, walaupun telah banyak berbuat dosa tapi Allah masih beri jalan untuk menghapuskan dosa-dosa tersebut dengan cara diuji. Semua orang diuji sama ada Islam atau kafir, orang baik atau jahat, bahkan nabi-nabi dan rasul-rasul juga diuji. Jadi lebih baik menjadi orang mukmin yang diuji daripada menjadi orang jahat tetapi diuji juga! " 

Kehidupan manusia ini memang tidak pernah terlepas dari ujian. Tidak kira sama ada orang itu Islam atau bukan Islam, ada pegangan agama atau tidak, kecil atau besar, tua atau muda. Bagi orang bukan Islam, mereka menghadapinya dengan berbagai kaedah yang difikirkan logik mengikut akal mereka. Jika akal mereka sudah tidak mampu berfikir, maka mereka mengambil jalan singkat dengan makan ubat tidur, makan racun atau membunuh diri sendiri. Bagi orang Islam pula, mereka ada jalan penyelesaian yang telah Allah tunjukkan tetapi mereka perlu kepada ilmunya. 




Setiap ujian yang Allah timpakan ada maksud tersirat dari Tuhan yang ramai manusia tidak tahu akan hikmah di sebalik ujian tersebut. Ujian; sama ada ujian sakit, ujian miskin, ujian isteri atau suami meragam, ujian anak-anak, kena fitnah, kena hina dan sebagainya semuanya dalam kuasa Tuhan. Hakikatnya Tuhanlah yang mendatangkan ujian itu.

Thursday, August 18, 2011

Berhentilah MENGELUH





Seringkali kita mengeluh dengan pelbagai alasan ; kerana tidak merasa bahagia, kerana tidak memiliki kawan, kerana merasa tidak sempurna dan banyak lagi keluhan yang lain.Mari kita pandang gambar-gambar di atas. Masihkah kita akan mengeluh setelah melihat "perjuangan" mereka? masihkah kita mempersoalkan pelbagai kekurangan dengan melihat segala keterbatasan mereka? semoga setelah ini, akan berkuranglah keluhan-keluhan kita.


Jangan mengeluh bila Anda menghadapi kesulitan tetapi lakukanlah hal berikut :- 
  •  Tutuplah mata Anda,
  •  tarik nafas panjang, tahan sebentar dan kemudian hembuskan pelan-pelan dari mulut Anda,
  •  buka mata Anda, 
  • tersenyumlah dan pikirkanlah bahawa suatu saat nanti Anda akan bersyukur atas semua yang terjadi pada saat ini. 
- Nota Kaki-

Berhentilah mengeluh wahai manusia, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya

Friday, July 29, 2011

Ahlan Wasahlan Ramadhan

Syaaban mula melabuhkan tirainya,
kini tirai Ramadhan pula bakal dibuka..

 "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) 

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.


Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam. 

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"


- Nota kaki -

Marhaban ya Ramadhan al- Mubarak



Wednesday, June 29, 2011

Peristiwa Israk & Mikraj

Sejarah Perjalanan Israk Mikraj 
Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu. 

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa) 

Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah SAW ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah) .Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :
 I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. 

II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah. 
III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan).  
Dalam perjalanan itu juga Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib, antaranya:- 
A.  Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. 
 B.  Tempat yang berbau harum, Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak mhu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan). 
 C.  Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). 
D.  Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata  Jibrail Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. 
E.  Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan  perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami. 
F.  Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba. 
G.  Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah  orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain. 
 H. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. 
 I.  Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. 
 J.  Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (takbur), kemudian menyesal tapi sudah terlambat. 
K.  Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. 
L.  Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai tua. 
M. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. 

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat  dengan segala anbia’, aulia’ dan mursalin menjadi makmum. Pad suatu tika Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat. 

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah) 

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). 
a)  Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu jumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan. 
 b)  Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS. 
 c)  Langit Ketiga: Baginda naik langit ketiga dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS. 
 d)  Langit Keempat: Baginda naik tangga keempat dan bertemu dengan Nabi Idris AS. 
 e)  Langit Kelima: Baginda naik tangga kelima dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel. 
f)  Langit keenam: Baginda naik tangga langit keenam dan bertemu dengan nabi-nabi. 
g)  Seterusnya dengan Nabi Musa AS, Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk 70000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. 
h)  Langit Ketujuh : Baginda naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW Nabi Ibrahim AS bersabda. “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if , maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda : 
“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu : Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.  

i)  Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah). 
 j)  Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan  pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. 
 k)  Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke  syurga dan melihat neraka beserta dengan malaikat Malik penunggunya. 
 l)  Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk  pokok Sidratul- Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya. 
 m)  Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya. 

Allah SWT: Ya Muhammad 
Rasullah  : Labbaika 
Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.  
Rasulullah: Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan        Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
Allah SWT : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah “Arasy”. Aku berikan  habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan umat mu 50 (waktu) sembahyang. 

  Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi merayu kerana malu kepada Allah, dan akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak 50 waktu juga. 
Selepas Mikraj 
 Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul- Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke  Mekah pada malam yang sama. Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj 
*************************
Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa? 
Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk. Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum  atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk  bernama manusia. 
Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjidil Haram sehingga ke hari ini.
Copyright@2010. All Right Reserved by aisyahusna