Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bersyukur aku kehadrat ILAHI kerana disaat tangan ini menari-nari di atas papan kunci, aku masih lagi bernafas di muka bumi ALLAH ini.
Syukur.Kebanyakan rakan seusia ku sudah bergelar zauj dan zaujah ( suami dan isteri ) . Dan lebih menarik lagi,mereka sudah bergelar ibu dan bapa. Kadang-kala aku sendiri terfikir, adakah sudah menjadi fenomena , berkahwin di usia muda ?
Memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di usia 19 tahun, sangat mencabar pada fikiranku. Sangat muda . Tapi, mungkin mereka sudah mendapat seruan bernikah di usia yang muda. ALLAH maha mengetahui , apa yang DIA rencanakan untuk hambanya.Ketika rakan-rakan seusia sibuk dengan hubungan kasih kekasih, mereka menjalin kasih dengan kekasih yang halal. Untungnya ! Tak perlu lalai dengan telefon, SMS , bergayut segala bagai.
Ada juga, aku bertanya kepada ummi ku, mengenai persoalan ini. Ummi mengatakan bahawa, daripada berkasih-kasihan dengan yang bukan muhrim lebih bauk bernikah. ISLAM ITU MUDAH, cuma hambanya yang menyulitkan keadaan. Bila sudah suka sama suka, lebih baik ijab dan kabul menjadi jalan penyelesaiannya.
Tertarik bila lensa mata ini membaca bait-bait perkongsian rakan - rakan seusia aku yang sudah bergelar zaujah dan zauj. Betapa indahnya bila ijab dan kabul menghalalkan perhubungan. Mungkin pernah dalam kalangan kita terfikir yang berkahwin di usia muda, seperti kembali ke zaman ibu dan bapa kita sendiri kerana sama seperti di zaman mereka. Tidak hairanlah kerana hidup kita ini umpama roda, kadang kita diatas dan adakalanya di bawah. Mungkin apa yang orang lain pernah alami, kita akan alami. Mungkin bukan sekarang, tetapi suatu hari nanti.
Tidak perlulah menghebahkan hubungan yang belum tentu ke jinjang pelamin , mungkin lebih menambahkan dosa. Maaf, mungkin ini hanya pendapat aku.
p/s : boleh la singgah di blog Myra , Yana dan Sarah. Mereka sedia berkongsi pengalaman mereka..
Showing posts with label Perasaan. Show all posts
Showing posts with label Perasaan. Show all posts
Saturday, December 3, 2011
Thursday, August 18, 2011
Berhentilah MENGELUH
Seringkali kita mengeluh dengan pelbagai alasan ; kerana tidak merasa bahagia, kerana tidak memiliki kawan, kerana merasa tidak sempurna dan banyak lagi keluhan yang lain.Mari kita pandang gambar-gambar di atas. Masihkah kita akan mengeluh setelah melihat "perjuangan" mereka? masihkah kita mempersoalkan pelbagai kekurangan dengan melihat segala keterbatasan mereka? semoga setelah ini, akan berkuranglah keluhan-keluhan kita.
Jangan mengeluh bila Anda menghadapi kesulitan tetapi lakukanlah hal berikut :-
- Tutuplah mata Anda,
- tarik nafas panjang, tahan sebentar dan kemudian hembuskan pelan-pelan dari mulut Anda,
- buka mata Anda,
- tersenyumlah dan pikirkanlah bahawa suatu saat nanti Anda akan bersyukur atas semua yang terjadi pada saat ini.
- Nota Kaki-
Berhentilah mengeluh wahai manusia, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya
Thursday, May 19, 2011
KAU Suka DIA ?
Pernah tak kau suka seseorang? Mesti pernah. Tapi kadang-kadang kau usaha tak nak tunjuk kau suka pada dia cuma kau tak perasaan yang sebenarnya kau tengah tunjuk perasaan kau tu. Sampai tahap yang boleh kata obvious sangat dah.
Benda ni terlalu senang nak detect pada kau sebenarnya. Tak payah nak selindung terutama kalau orang yang menilai kau sedang menyukai dia tu sangatlah teliti terutamanya pada :
- Body language kau
- Cara kau berbual dengan dia
- Cara kau pandang dia
- Cara kau nak tarik perhatian dia
- Cara kau care pada dia
- Kau nak selalu ada dekat dengan dia (untuk perhatian dia)
- Mahu nampak perfect depan mata dia
- Setiap tingkah laku kau lah secara ringkasnya.
Itu yang biasa-biasalah. Kadang-kadang ada orang yang kronik sampai tahap berubah 360 darjah semata-mata demi orang yang dia suka. Believe me, memang terjadi. Sebab, lupakan. Kisah lalu. Okey berbalik pada entry ni. Bila suka kadang-kadang kita lupa. Lupa yang ada mata memerhati. Mungkin kalau perempuan dia suka bagi tahu best friend dia siapa dia suka. Lelaki tak tahu lah pulak.
Ya, kita fikir kawan baik aje tahu, tiba-tiba semua tahu. Sebab? Sebabnya tingkah laku kita yang obvious menunjukkan yang kita suka pada si polan itu. Tak payah nafikan. Cuba nilai balik setiap perbuatan kau. Kesungguhan kau nak rapat dengan dia. Kau rasa tak ada yang perasankah semua tu? Aku boleh beri jaminan yang daripada 10 orang 9 orang akan tahu kau suka si polan tu. Yang satu lagi tu tak tahu sebab dia malas nak ambil tahu.
Kalau tak ada masa nak perhati kau punya sikap, senang aje. Tanya "kau suka dia kan?" aku pasti masa tu otak kau tiba-tiba fikir dia. Teringat si polan. Tak payah nak tipu. Betul kan. Senang sangat nak sycho orang yang suka seseorang ni.
Kadang-kadang kalau orang yang menyimpan perasaan ni kalau orang tak tunjuk respon persoalan yang akan timbul kata "aku dah buat macam-macam, dia tak suka dekat aku ke? dia tak nampak ke?" Kau yakin dia tak nampak. Kadang-kadang orang tak ada lah bodoh sangat nak tahu kau suka dekat dia. Dia tahu tu, kadang-kadang buat tak tahu. Sebab :
- Dia tak suka dekat kau
- Dia DAH ada awek/bf lah
- Dia anggap kau hanya kawan dia
- Dia nak tengok sejauh mana kau suka dia
- Dia sebenarnya malas nak ambil peduli semua tu
- Dia sebenarnya malas nak ambil peduli semua tuu
- Dia sebenarnya malas nak ambil peduli semua tuuu.
Sengaja aku ulang tu. Sebab, fikirlah sendiri. Bila malas nak peduli tu kadang-kadang sebab dia tak suka dekat kau lah. Dia rasa semua tu tak penting buat dia. Mungkin tak mampu nak bagi komitmen. Kadang-kadang suka aku nak ingatkan bila suka seseorang tu, walau dah obvious orang nampak dan orang sibuk nak kenen kan kalian berdua cuba fikir ni
- Perasaan orang tu bila di kenen kan dengan kau
- Boleh dia suka dengan kau bila jadi buah mulut orang macam tu?
- Kau rasa dia boleh se-gembira kau bila di kenen macam tu?
Aku bukan nak bantutkan perasaan kau, cuma aku takut bila kau terlalu mengharap dengan menunjukkan yang kau obvious suka dia nanti kau sendiri kecewa. Takut nanti lepas suka jadi obses, keinginan nak memiliki bukan sebenar mencintai.
l N.O.T.A.K.A.K.I l
actually...bila baca entry ni nmpk cam menarik je...
sebab 2 la..aku share ngan korang sume...
Tuesday, May 10, 2011
Senyuman Hari Ini
Kadangkala,
kita menangisi sebuah kehilangan,
seolah-olah kita tidak lagi punyai apa-apa.
tapi benarkah kita telah hilang segalanya?
Seringkali,
kita meratapi sebuah kedukaan,
seakan-akan kita tidak pernah mengecap bahagia.
tapi benarkah hidup kita hanya ada derita?
Yang pergi, biarkan pergi.
Yang hilang, pastikan berganti.
Jangan berlebihan menangisi.
Usah terlalu meratapi.
Lihat pada dirimu,
pandang pada sekelilingmu,
masih ada banyak sebab untukmu tersenyum,
sedangkan mungkin hanya ada satu alasan untukmu menangis.
Lalu pilihlah untuk tersenyum pada hari ini.
Kerana semalam tidak dapat kembali lagi.
Namun hari ini ada harapan masih menyinari.
= Nota Kaki =
senyum la..duhai hati...
walaupun terlalu perit untuk mengukir senyuman itu
tapi,dengan senyuman itu, dapat mengubat lara di hati
senyuman itu indah
pstt// walaupun awak ckp muka saya cam hello kitty..
tapi, saya masih tersenyum plus ase cam nak gelak..
xpe awak...saya x marah..
tapi, saya still x faham..nape HELLO KITTY ????
tapi, saya masih tersenyum plus ase cam nak gelak..
xpe awak...saya x marah..
tapi, saya still x faham..nape HELLO KITTY ????
keep smile..my friend ^_^
Friday, March 25, 2011
.:Cinta x smestinya memiliki:.
TUHAN MEMBERI KTE UTK BERJALAN,
2 TANGAN UNTUK MEMEGANG,
2 TELINGA UNTUK MENDENGAR
DAN 2 MATA UNTUK MELIHAT.
TETAPI…….. MENGAPA TUHAN HANYA MENGANUGERAHKAN SEKEPING HATI PADA KITER?
KERANA TUHAN TELAH MEMBERI SEKEPING LAGI HATI PADA SESEORANG UNTUK KITER MENCARINYA.
ITUKAH NAMANYA CINTA....
ADA 2 TITIS AIR MATA MENGALIR DI SEBUAH SUNGAI....
SATU TITIS AIR MATA ITU MENYAPA AIR MATA YANG SATU LAGI.
“SAYA AIR MATA SEORANG GADIS YANG MENCINTAI SEORANG LELAKI
TETAPI TELAH KEHILANGANNYA.
"SIAPA KAMU PULA?”.
JAWAB TITIS AIR MATA KEDUA ITU,
”SAYA AIR MATA SEORANG LELAKI YANG MENYESAL MEMBIARKAN SEORANG GADIS YANG MENCINTAI SAYA BERLALU BEGITU SAHAJA,”
CINTA SEJATI ADALAH KETIKA DIA MENCINTAI ORANG LAIN,
DAN KAMU MASIH MAMPU TERSENYUM,
SAMBIL BERKATA :
”AKU TURUT BAHAGIA UNTUKMU".
JIKA KITER MENCINTAI SESEORANG,
KITER AKAN SENTIASA BERDOAKANNYA....
WALAUPUN DIA TIDAK BERADA DISISI KITER.....
**********************************************************
Tak semua kita mahu dapat. Tak semua kita harapkan kita miliki.
Tapi, kalau kita ikhlas, kita tetap akan rasa bahagianya perasaan itu seolah-olah kita sudah memiliki!
Menakjubkan! Dan lebih menakjubkan..
Kita tak kan ada rasa sakit hati disebabkan kita sememangnya bukan siapa-siapa bagi individu tersebut untuk memendam rasa yang lebih...
Mungkinlah... Tapi, awas.. ada ketikanya kita tetap akan sedikit terluka akibat memendam rasa sendiri!!
Namun, itu lebih baik, sekurang-kurangnnya sakit itu tidak seperti sakit apabila dihampakan!
Kerana mungkin hati kita x m'harapkan apa2 kpd org yg kita sukai...
Dan... kadangkala sepi itu adakalanya indah....
Nota Kaki => Tbe2 je..ase jiwang cket mlm ni..haha...skali skala je...nak release tension ngn assgmnt yg menggunung..haha...
2 TANGAN UNTUK MEMEGANG,
2 TELINGA UNTUK MENDENGAR
DAN 2 MATA UNTUK MELIHAT.
TETAPI…….. MENGAPA TUHAN HANYA MENGANUGERAHKAN SEKEPING HATI PADA KITER?
KERANA TUHAN TELAH MEMBERI SEKEPING LAGI HATI PADA SESEORANG UNTUK KITER MENCARINYA.
ITUKAH NAMANYA CINTA....
ADA 2 TITIS AIR MATA MENGALIR DI SEBUAH SUNGAI....
SATU TITIS AIR MATA ITU MENYAPA AIR MATA YANG SATU LAGI.
“SAYA AIR MATA SEORANG GADIS YANG MENCINTAI SEORANG LELAKI
TETAPI TELAH KEHILANGANNYA.
"SIAPA KAMU PULA?”.
JAWAB TITIS AIR MATA KEDUA ITU,
”SAYA AIR MATA SEORANG LELAKI YANG MENYESAL MEMBIARKAN SEORANG GADIS YANG MENCINTAI SAYA BERLALU BEGITU SAHAJA,”
CINTA SEJATI ADALAH KETIKA DIA MENCINTAI ORANG LAIN,
DAN KAMU MASIH MAMPU TERSENYUM,
SAMBIL BERKATA :
”AKU TURUT BAHAGIA UNTUKMU".
JIKA KITER MENCINTAI SESEORANG,
KITER AKAN SENTIASA BERDOAKANNYA....
WALAUPUN DIA TIDAK BERADA DISISI KITER.....
**********************************************************
Tak semua kita mahu dapat. Tak semua kita harapkan kita miliki.
Tapi, kalau kita ikhlas, kita tetap akan rasa bahagianya perasaan itu seolah-olah kita sudah memiliki!
Menakjubkan! Dan lebih menakjubkan..
Kita tak kan ada rasa sakit hati disebabkan kita sememangnya bukan siapa-siapa bagi individu tersebut untuk memendam rasa yang lebih...
Mungkinlah... Tapi, awas.. ada ketikanya kita tetap akan sedikit terluka akibat memendam rasa sendiri!!
Namun, itu lebih baik, sekurang-kurangnnya sakit itu tidak seperti sakit apabila dihampakan!
Kerana mungkin hati kita x m'harapkan apa2 kpd org yg kita sukai...
Dan... kadangkala sepi itu adakalanya indah....
Nota Kaki => Tbe2 je..ase jiwang cket mlm ni..haha...skali skala je...nak release tension ngn assgmnt yg menggunung..haha...
Subscribe to:
Posts (Atom)










