klik-klik


ShoutMix chat widget
;)
Showing posts with label Remaja. Show all posts
Showing posts with label Remaja. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

Mutiara Kata

Ketahuilah bahawa…


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.




Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.


Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.


Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.




"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan semangat." -Hamka


- NOTA KAKI -


SETIAP APA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA

Tuesday, June 21, 2011

Wanita lebih menghargai

ASSALAMUALAIKUM....
dah lama rasanya x menaip..ntah lah..rasa cam semakin malas je nak update blog...
nak kata..ada kekangan pape...ermm..xde la sangat...
okay la..abaikan sume 2...
berbalik pada tajuk diatas...

Wanita lebih menghargai

cuba korang fikir..kenapa aku cakap camtu..
adakah sebab aku ini bergelar WANITA...???
dan aku ingin memenangkan kaum aku sendiri...
ermm..bagi aku ..tidak sama sekali...
kerana..pendapat aku ni pun..telah disokong oleh kawan aku sendiri yang berlainan jantina dengan aku...
dia pun mengiakan pendapat aku...


okay la..kenapa ye aku bagi pendapat camtu..
let's say la..
aku bagi contoh...
seorang sahabat bagi hadiah pada perempuan ni..
x kira la..sahabat tu lelaki ataupun perempuan...
sahabat tu bagi coklat la misalannya...
si perempuan tu..kompem la akan makan coklat tu...
tapi..dia xkan la..buang semuanya..mungkin dia akn simpan plastik coklat 2...
maksud aku kertas pembalut coklat tu ...

mungkin ...si perempuan ni akan rasa lebih dihargai...
sebab kawan dia bagi something..
x kisah la..barang tu mahal ataupun murah...
kalau lelaki..aku x pasti la...camna penerimaan dorang...


- Nota Kaki -

haishh..bestnya la..dapat hadiah kan...

Monday, May 30, 2011

Pencarian Kebahagian


"Aisyah,kau pernah minat pada seorang lelaki tak ?" tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.
"Pernah lah," jawab saya. Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.
"Kalau kau suka, kau akan buat apa?"
"Aku akan berdoa dalam hati, Ya Allah,aku suka akan dia,jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah dia untukku, jika bukan maka berikanlah yang lebih baik dari itu,"jawab saya.
"Oh..." terdiam seketika kawan saya itu.

Benar, setiap orang pasti pernah jatuh cinta. Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut. Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan sebagainya. Menipulah jika saya katakan bahawa saya tidak pernah mempunyai perasaan itu kerana bagi saya rasa cinta kan jantina yang berlawanan adalah fitrah.
Jangan jadi manusia terhegeh-hegeh dan terlalu menguja.
Saya pernah membaca banyak perumpaan yang diberikan kepada wanita . Antaranya ialah Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu. Seperti bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam. Begitu tinggi darjatnya seorang wanita.
Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan anda.
Seringkali kerisauan mengenai jodoh menjadi pendorong kepada berlakunya ikatan kemanusiaan jantina yang berbeza yang tiada nilai di sisi agama - bercouple tanpa sah!
Umi dan abah selalu berpesan," kak long dah besar, belajar jauh-jauh dari keluarga, satu je abah nak ingatkan, jangan nak mengada nak bercinta. Kalau dah tiba waktu yang sepatutnya, tak pe lah. Sekarang tugas kak long, tumpukan pada pelajaran, yang lain tak payah fikir." Saya hanya mengangguk tanda faham.
Atas alasan takut diri tidak laku,maka jika sesiapa lelaki yang menghulur cinta maka terus diterima tanpa berfikir dengan akal yang waras. Maka ketetapan Allah mengenai jodoh tidak dipeduli kerana kerisauan yang sering menghantui diri.
Sudah dibilang pelihara diri anda, maka peliharalah kerana itu bukan sesuatu yang merugikan. Namun, jika diri sudah terperangkap dengan mainan emosi kerisauan ini, segeralah bermuhasabah.
Ya,benar.. saya akui, jodoh tidak akan bergolek, cinta perlu dicari. Namun, pencarian anda itu bagaimana caranya? Adakah mengikut syariat atau tidak? Adakah anda yakin pacar anda sekarang pasti meminang anda atau tidak?
Dan akhirnya pasti kalian menjawab, "terserah pada Allah, moga inilah jodohku"..
Nah, akhirnya anda sendiri akur untuk berserah juga akhirnya, tetapi berserah setelah mengikut pencarian yang salah, anda sendiri mampu menafsir apa yang berlaku seterusnya.
Saya tidak menafikan juga bahawa kebahagiaan itu tidak mampu dinilai. Tapi sedarlah wahai sekalian sahabatku, kita sering bermimpi indah selepas perkahwinan, punya anak-anak yang soleh dan sebagainya, tapi hakikatnya kita masih kabur dalam menilai erti perkahwinan itu sendiri.

Saya ingin memetik satu persoalan daripada kata-kata Saiful Islam dalam karya beliau iaitu buku Aku Terima Nikahnya 2 :- BERCINTA SAMPAI KE SYURGA, " tidakkah pelik jika ada pasangan hangat bercinta tetapi tidak terfikir untuk bersama selama-lamanya ?"
Seharusnya perkahwinan ini mampu menghasilkan generasi Islam yang lebih mantap, bukan pewaris kepada dosa-dosa yang kalian sudah lakukan sebelumnya.
Tuntasnya, saya mahu mengingat kepada diri saya sendiri serta sahabat sekalian bahawa carilah jodoh anda dengan cara yang paling diredhai oleh Allah.
Berpacaran bukanlah jalan terbaik untuk mengatasi masalah kerisauan anda tentang jodoh. Jika indah akhlak kalian, menjaga peribadi anda, jodoh itu sendiri datang kepada kalian tanpa disedari. Sama-sama lah kita memperbaiki akhlak dan keperibadian kita sendiri.
Mahu pasangan yang soleh dan solehah? Andalah yang perlu menjadi soleh atau solehah terlebih dahulu...
Tidak perlu dicari jodoh itu, tapi mintalah kepada-Nya, kerana hanya DIA yang Maha Mengetahui jodoh terbaik untuk kalian.
Apa yang perlu kalian lakukan sekarang bukanlah menjalin hubungan mesra dengan pacaran tetapi jalinlah hubungan mesra dengan Yang Maha Memiliki! Apabila hubungan cinta anda dengan Al-Rahim terjaga, insyaALLAH hubungan cinta anda dengan manusia akan dipelihara.
Jangan sekadar mohon jodoh,namun mohonlah juga keturunan yang baik kerna itu bisa menjadi penyejuk mata dan hatimu. InsyaALLAH...

- NOTA KAKI -
       Ikutlah jalan Islam, pasti bahagia selamanya, insyaAllah!

Sunday, May 22, 2011

COUPLE sebelum kahwin, tak best

Assalamualikum w.b.t. readers.....

Apa khabar semuanya...???
semoga semuanya sihat di bawah lembayung Islam dan Iman..insyaALLAH..

okay la..merujuk tajuk di atas...

COUPLE sebelum kahwin ...tak best

kenapa yee..Aisyah cakap macam 2????

sebabnya...tadi, masa Aisyah duk layan FB, tiba2 Aisyah ada ternampak satu LINK yang nampak menarik dan membuatkan Aisyah tertarik untuk membacanya



kalau readers teringin nak tau apa yg Aisyah maksudkan...

Silalah klik LINK dibawah....

insyaALLAH...banyak input yang dapat diambil daripada kisah hidup Kak Sarah ini...
selepas je baca blog Kak Sarah...
terus je Aisyah share LINK tersebut di FB...

dan..ramai jugak kawan Aisyah yang baca post ni...
dan mereka turut menyatakan hal yang sama..
Couple sebelum kahwin ..tak best...

  • Aisyah  haha...2 la...bila org 2 bersabar...ALLLAH akan tlg....siap bgi ganjaran yg sngt istimewa ag....
    2 hours ago · 

  • Iellham  a'ah. couple selepas kawin. baru best. Allah diutamakan. Insyaallah. panjang jodoh dia dengan kita. lari satu dunia pown kalau dah takdir untuk hidup bersama tetap akan berjumpa. Allah tahu apa yang kita inginkan. huhu.
    2 hours ago ·  ·  2 people

  • Aisyah tau xpe...x salah klu nk kawan..tp, not mean COUPLE...biar hilang bertahun2..tp klu dia ialah jodoh kita...kompem ALLAH akan permudahkan....
    2 hours ago ·  ·  3 people

  • Nabila  Dapatkan restu ibu bapa. Insya Allah semuanya dipermudahkan. Dan ingat, yang paling utama ialah mengutamakan Allah dalam segala yang kita rancang. Insya Allah segalanya akan dipermudahkan.:)
    2 hours ago ·  ·  2 people

  • Iellham huhu. ingat. jangan couple sebelum kahwin. tak best la. haha. "dia Canon saya Nikon". sweet la cerita dia.
    2 hours ago ·  ·  2 people


    • - NOTA KAKI -

    • Iellham  jangan couple sebelum kahwin. tak best.
      2 hours ago ·  ·  2 people

    • Aisyah  pengajaran nya...jgn couple sblum kawin...x best...haha
      2 hours ago ·  ·  1 person
Copyright@2010. All Right Reserved by aisyahusna