-->

:aisynur humaira:

klik-klik


ShoutMix chat widget
;)

Wednesday, June 29, 2011

Peristiwa Israk & Mikraj

Sejarah Perjalanan Israk Mikraj 
Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu. 

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa) 

Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah SAW ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah) .Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :
 I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. 

II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah. 
III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan).  
Dalam perjalanan itu juga Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib, antaranya:- 
A.  Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. 
 B.  Tempat yang berbau harum, Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak mhu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan). 
 C.  Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). 
D.  Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata  Jibrail Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. 
E.  Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan  perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami. 
F.  Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba. 
G.  Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah  orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain. 
 H. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. 
 I.  Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. 
 J.  Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (takbur), kemudian menyesal tapi sudah terlambat. 
K.  Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. 
L.  Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai tua. 
M. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. 

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat  dengan segala anbia’, aulia’ dan mursalin menjadi makmum. Pad suatu tika Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat. 

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah) 

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). 
a)  Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu jumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan. 
 b)  Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS. 
 c)  Langit Ketiga: Baginda naik langit ketiga dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS. 
 d)  Langit Keempat: Baginda naik tangga keempat dan bertemu dengan Nabi Idris AS. 
 e)  Langit Kelima: Baginda naik tangga kelima dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel. 
f)  Langit keenam: Baginda naik tangga langit keenam dan bertemu dengan nabi-nabi. 
g)  Seterusnya dengan Nabi Musa AS, Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk 70000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. 
h)  Langit Ketujuh : Baginda naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW Nabi Ibrahim AS bersabda. “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if , maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda : 
“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu : Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.  

i)  Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah). 
 j)  Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan  pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. 
 k)  Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke  syurga dan melihat neraka beserta dengan malaikat Malik penunggunya. 
 l)  Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk  pokok Sidratul- Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya. 
 m)  Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya. 

Allah SWT: Ya Muhammad 
Rasullah  : Labbaika 
Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.  
Rasulullah: Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan        Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
Allah SWT : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah “Arasy”. Aku berikan  habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan umat mu 50 (waktu) sembahyang. 

  Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi merayu kerana malu kepada Allah, dan akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak 50 waktu juga. 
Selepas Mikraj 
 Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul- Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke  Mekah pada malam yang sama. Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj 
*************************
Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa? 
Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk. Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum  atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk  bernama manusia. 
Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjidil Haram sehingga ke hari ini.
at 12:54 AM coret-coret aisyahusna 0 0 omelan manja
Labels: Tazkirah

Sunday, June 26, 2011

Ada Apa pada NAMA ?

Pernahkah kita terfikir ada apa pada nama kita sendiri.
Ataupun kita tidak menghiraukan langsung maksud yang tersirat disebalik NAMA itu sendiri.
Adakah anda tidak pernah terfikir..apakah maksud NAMA yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada anda?

Pernahkah anda ditanya oleh rakan-rakan mahupun guru mengenai makna nama anda sendiri?
Tahukah anda, rahsia disebalik NAMA !!!


Nama yang diberikan seseorang mencerminkan betapa ibu bapa menyayangi anak tersebut.
Selalunya ibu bapa akan memberikan nama yang terbaik buat anak-anak mereka supaya anak-anak mereka menjadi seorang yang hebat seperti nama-nama tersebut.
Contohnya, seperti nama-nama para sahabat iaitu Umar Al-Khattab yang mempunyai peribadi yang tangkas dan berani menegakkan kebenaran.

Semestinya ibu bapa tersebut menginginkan anak-anak mereka mempunya peribadi yang unggul seperti tokoh-tokoh tersebut.
Namun, masih ada ibu bapa yang terlepas pandang betapa pentingnya nama anak dalam kehidupan sehingga sanggup menamakan anak dengan nama-nama artis barat atau yang sewaktu dengannya yang tidak membawa  sebarang maksud  dan mungkin juga membawa kepada maksud yang tidak elok.

Contoh nama yang digalakkan untuk lelaki dan perempuan

Aqiff

Khalil

Afandi

Khalis

Adam

Khairi

Afif

Ahnaf


Aiman

Aisar

Aisy

Akmal

Alif

Arman

Asyraf

Atheef

Hafiy

Haikal / Haiqal

Hamiz / Hamizan

Hariz

Tariq

Thaqif
 -: beriqtikaf

-: sahabat yg khusus,yg teristimewa

-: gelaran bgi org yg b'kedudukan

-: yg bersih, suci, ikhlas

-:nama Nabi,teladan,ikutan

-: kebaikanku

-: punya harga diri

-: yg b'pegang teguh pd ajaran agama, lebih suci (lurus)

-: berkat, yg bertuah, kanan

-: yg senag, mudah

-: mewah, kaya

-: sempurna, sangat pandai

-: kawan rapat

-: harapan, inspirasi

-: lebih mulia

-: belas kasihan

-: yg memuliakan

-: pokok yg besar dan subur

-: cerdik, tampan

-: pemelihara

-: bintang subuh, pengetuk hati

-: bijak dan cepat faham
Syifa'

Afifah


Ainul Mardhiyyah


Damia

Darwisyah

Filzah

Hana


Humaira

Husna

Hidayah

Nabila

Nabilah

Naurah

Qathrunnada'

Qurratu' ain

Asma Amanina

Insyirah
-: ubat, penawar

-: berbudi bahasa, punya harga diri, bermartabat tinggi

-: nama bidadari yg tercantik di          syurga untuk para syuhada'

-: kebijakan

-: ahli tasawwuf

-: belahan jiwa

-: kebahagian, rezeki tanpa    kepayahan

-: putih kemerah-merahan

-: yg cantik, yg indah

-: petunjuk Allah

-: mulia, luhur

-: cerdik, mahir

-: bunga

-: titisan embun

-: sedap dipandang mata

-: cita-cita tertinggi



-: kegembiraan, kelapangan hati

Kesimpulannya...carilah nama yang sesuai untuk anak-anak anda suatu hari nanti.
Nama-nama juga amat perlu untuk dipilih agar menjurus kepada peribadi yang diinginkan. Biar nama anak lelaki, menjurus kepada peribadi yang teguh, tegas, kental, berkepimpinan dan berwibawa. Manakala nama anak perempuan, menjurus kepada peribadi yang jernih, lembut dan terpelihara, mencantikkan maruah diri.

Panggillah anak-anak anda dengan nama yang elok. Janganlah apabila nama yang diberi membawa maksud yang baik tetapi tidak menggunakannya, contohnya nama diberi Zakwan tetapi dipanggil Zack dan banyak lagi.

Apabila kita memanggil nama seseorang dengan baik, kita seolah-olah mendoakannya dengan nama yang dipanggil, contohnya nama Insyirah yg membawa maksud kelapangan hati, disamping itu, kita turut mendoakannya supaya berolah kelapangan hati

- Nota Kaki -

Alhamdulillah...nama penuh aku membawa maksud 
" cahaya yang hidup bahagia yang indah dan cantik "




at 2:28 PM coret-coret aisyahusna 6 0 omelan manja
Labels: Tazkirah

Friday, June 24, 2011

Janji dan Sumpah Iblis Terhadap WANITA

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan
 Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".
Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."
"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.
"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...
at 7:42 PM coret-coret aisyahusna 6 0 omelan manja
Labels: Tazkirah

Tuesday, June 21, 2011

Wanita lebih menghargai

ASSALAMUALAIKUM....
dah lama rasanya x menaip..ntah lah..rasa cam semakin malas je nak update blog...
nak kata..ada kekangan pape...ermm..xde la sangat...
okay la..abaikan sume 2...
berbalik pada tajuk diatas...

Wanita lebih menghargai

cuba korang fikir..kenapa aku cakap camtu..
adakah sebab aku ini bergelar WANITA...???
dan aku ingin memenangkan kaum aku sendiri...
ermm..bagi aku ..tidak sama sekali...
kerana..pendapat aku ni pun..telah disokong oleh kawan aku sendiri yang berlainan jantina dengan aku...
dia pun mengiakan pendapat aku...


okay la..kenapa ye aku bagi pendapat camtu..
let's say la..
aku bagi contoh...
seorang sahabat bagi hadiah pada perempuan ni..
x kira la..sahabat tu lelaki ataupun perempuan...
sahabat tu bagi coklat la misalannya...
si perempuan tu..kompem la akan makan coklat tu...
tapi..dia xkan la..buang semuanya..mungkin dia akn simpan plastik coklat 2...
maksud aku kertas pembalut coklat tu ...

mungkin ...si perempuan ni akan rasa lebih dihargai...
sebab kawan dia bagi something..
x kisah la..barang tu mahal ataupun murah...
kalau lelaki..aku x pasti la...camna penerimaan dorang...


- Nota Kaki -

haishh..bestnya la..dapat hadiah kan...
at 8:26 PM coret-coret aisyahusna 0 0 omelan manja
Labels: Remaja

Thursday, June 16, 2011

Tree of Heaven

Tree of Heaven


Sinopsis

Hana ialah seorang gadis muda yang ceria telah kehilangan bapanya pada usia muda. Apabila ibunya kembali ke Jepun, dia pulang bersama suami barunya yang berasal dari Korea. Bapa baru Hana turut mempunyai seorang anak lelaki bernama Yunsuh . Ibu Yunsuh  telah meninggal dunia semasa ulang tahun ke-10 dan selepas kematian ibunya , Yunsuh menjadi autistik. Walaupun Hana suka akan abang tirinya, dia ingin ada kena mengena dengan beliau. Apabila ibu bapa mereka pergi berbulan madu , ibu Hana meninggalkan mereka dengan  kakak bekas suaminya dan telah mengamanahkan anaknya, Hana supaya menguruskan penginapan mereka sepanjang ketiadaannya. Sementara pemergian mereka, emak saudara Hana dan anaknya Maya memperalatkan Hana dan membuat rancangan untuk menjual penginapan tersebut untuk membayar hutang judi dan pembelanjaan kolej Maya. Hana mendapati abangnya Yunsuh mula ingin berbaik-baik dengannya serta mahu bercakap semula selepas birthday Yunsuh yang ke-20 . Hubungan mereka menjadi bertambah erat.Memandangkan mereka mula mempunyai perasaan antara satu sama lain, Hana takut untuk mengasihi abangnya sendiri lebih dari sayang seorang adik kepada abang  kerana bagi Hana mereka ialah adik-beradik walaupun hanya adik beradik tiri. Hana segera meninggalkan Yunsuh dan kembali kepada  Ryu' iaitu senior Hana semasa di sekolah dahulu.Yunsuh menghilangkan diri setelah cintanya ditolak oleh Hana Ryu sangat mencintai Hana. Kemudian, Maya yang turut mempunyai perasaan terhadap Ryu berasa cemburu, dan bertekad untuk membuat kehidupan Hana menjadi lebih sengsara. Hana terpaksa melalui hari-harinya seorang diri. Apakah kesudahan kisah hidup Hana? Adakah Hana akan kembali kepada abang tirinya sendiri atau bersama dengan Ryu ?


Dibintangi oleh



Lee Wan as Yoon-suh 윤서 (20-22)


Park Shin Hye 박신혜 as Hana 하 나 (18-20)



Asami Reina as Maya 마야 (19-21)


Uchida Asahi as Fujiwara Ryu 후지와라 류 (20-22)

Dibantu oleh :

Jung Dong Hwan 정동환 as Yoon Soo-ha 윤수하 (Yoon-suh’s father, 40)
Kim Chung 김 청 as Yoko 요 코 (Maya’s mother, 40)
Mire Aika 아이카 미레 as Michiko 미찌코 (Hana’s mother, 40)
다카스기 코오 as Iwa 이와 (40)
Lee Jung Kil 이정길 as Bo Seu 보 스 (50)
Sung Sun Im 성선임(소닌) as Mika 미카 (Hana’s friend, 18-20)






- Nota Kaki -

drama ni..aku habiskan masa cuti..itu pun aku ambik dengan kawan..apa yang boleh aku katakan, drama ni sangat sedih..coz sad ending...tapi best la jugak...jarang sangat aku layan drama sedih-sedih ni...tapi yang pasti, gandingan Lee Wan dengan Park Shin Hye memang mantap...drama ni sebenarnya dah lama..tapi aku je baru tengok..drama ni keluar tahun 2006..

Info Tambahan

  • Lee Wan ni....nama sebenar dia Kim Hyung Soo adik lelaki kandung Kim Tae Hee ( aktress popular Korea..ala yang berlakon dalam drama My Princess, Iris, Stairway to Heaven, Love Story in Harvard)...patut la muka dorang cam ada iras-iras...
  • Park Shin Hye ni..kalau korang cam..dia ni pelakon dalam drama You're Beautiful..ala yang cter sal band AnJell..tapi dalam drama tue..dy menyamar jadi lelaki..2 yang rambut pendek..bila tengok drama Tree of Heaven..aku rasa dia ni lawa sangat...dia sangat cantik bila berambut panjang...
  • Lee Wan dan Park Shin Hye pernah berlakon sekali masa dorang remaja dalam drama popular Stairway to Heaven..tapi dorang jadi watak hero kedua dan heroin masa zaman remaja...




at 9:48 AM coret-coret aisyahusna 0 0 omelan manja
Labels: Filem / Drama
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
 Silent Reader (s)

✿ aku tak berdaya ✿

✿ pengarang jantung ✿

✿ ThIS iS mE ✿

My photo
aisyahusna
currently studying Bahasa Melayu course in IPG Kampus Tg Ampuan Afzan , Pahang...teacher-to-be...^^
View my complete profile

✿ click me :) ✿

✿ chit-chat room ✿


ShoutMix chat widget
;)
Total Posts: 119
Total Comments: 253
get this

✿ Post terkini ✿

get this widget here

kategori (◕‿◕✿)

  • Contest (2)
  • Dunia Kampus (16)
  • Fakta (8)
  • Filem / Drama (5)
  • Keluarga (3)
  • Kembara (6)
  • Lagu (3)
  • Perasaan (5)
  • Personal (17)
  • Remaja (4)
  • Tazkirah (14)

✿ conteng-conteng ✿

  • ▼  2011 (115)
    • ►  December (5)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (7)
    • ►  July (8)
    • ▼  June (10)
      • Peristiwa Israk & Mikraj
      • Ada Apa pada NAMA ?
      • Janji dan Sumpah Iblis Terhadap WANITA
      • Wanita lebih menghargai
      • Tree of Heaven
      • :: Kenangan itu INDAH ::
      • Cuti Sakan
      • Elementary School Reunion 2011
      • RouNd~RouNd @ Bahau
      • Kembara
    • ►  May (16)
    • ►  April (18)
    • ►  March (12)
    • ►  February (12)
    • ►  January (15)
  • ►  2010 (4)
    • ►  December (4)

✿ saya baca belog ini ✿

  • Hami Asraff
    Kenangan, Rindu, Ujian, Harapan.
  • The Other Khairul
    Kelemahan dan Keburukan Seseorang Juga Merupakan Satu Rezeki
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
  • Irine Nadia Marcello
    Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
  • .. cik epal ..
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Hanis Zalikha
    Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
  • SolihinZubir.com

✿ popular post ✿


Get this widget here

✿ lalulintas ✿

COuNtEr (◕‿◕✿)

49885
Background Labs

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hak milik mutlak ✿ aisyasensei.blogspot.com ✿Dis 2010. Powered by Blogger.
Copyright@2010. All Right Reserved by aisyahusna