-->

:aisynur humaira:

klik-klik


ShoutMix chat widget
;)

Thursday, October 20, 2011

Bicara C.I.N.T.A

Assalamualaikum w.b.t

Tidak terlambat rasanya untuk aku berkongsi serba sedikit ilmu yang telah aku perolehi daripada sebuah forum yang diadakan di maktabku sendiri . Forum tersebut bertajuk " Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul".Forum ini telah dikendalikan oleh BIAGA IPGKTAA sendiri. 

Dua orang ahli panel iaitu Dr Farhan Hadi dan isteri iaitu Ustazah Fatimah Syarha telah dijemput hadir bagi berkongsi ilmu mereka. Pasangan bahagia ini merupakan pendakwah bebas, penulis novel dan kolumnis majalah Solusi. Pasti ramai yang pernah membaca karya pasangan ini. Antara karya mereka yang popular ialah Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul dan Denyut Kasih Medik. Alhamdulillah, kedua-dua novel ini telah aku baca. ^^


novel ' Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul' karya Ustazah Fatimah Syarha


novel 'Denyut Kasih Medik' karya Dr Farhan Hadi

Antara input-input yang telah aku perolehi daripada forum tersebut ialah :-

  • cinta itu fitrah, andai salah menguruskannya akan menjadi fitnah, pabila berjaya menguruskan cinta maka akan membawa kepada barakah.
  • cinta itu haruslah disandarkan kepada ALLAH, pemilik cinta yang sejati.
  • jangan melihat sekadar atas nama cinta sahaja tetapi lihatlah pada hakikat cinta tersebut. ( pabila lihat pada luaran sahaja, cinta kan bisa mengaburi mata dan akan meninggalkan efek yang besar)
  • cinta itu sesuatu yang membahagiakan, tetapi cinta juga boleh menggilakan.
  • cinta juga mempunyai batas-batas tersendiri . ( jika tanpa batasan cinta, cerdik pandai juga bisa jadi gila dek penangan cinta yang bertunjangkan nafsu semata)
  • jangan jadikan cinta itu seperti arak yang memabukkan manusia. tapi jadikan cinta itu seperti pedang. jika digunakan dengan betul. cinta mampu menjadikan diri lebih positif ke arah kejayaan.
  • jangan gusar jika tidak mencapai keserasian dalam perhubungan tetapi gusarlah jika syariat tidak sehaluan.
  • dalam memilih pasangan lihatlah pada 4 perkara. kecantikan, harta, pangkat dan agama. dan pilihlah yang beragama kerana itulah yg sebaik-baiknya.
  • jangan gusar dalam mencari pasangan yang soleh atau solehah. tapi gundahlah andai diri ini bukan lagi menjadi soleh atau solehah.
  • percayalah pada janji ALLAH, kerana janji ALLAH itu pasti !

"bicara tentang cinta pasti tiada penghujungnya. tiada sape mampu mendefiniskan cinta secara tepat. kerana cinta itu sifatnye subjektif. hanya orang yang mengalaminya sahaja akan memahaminya... "
                                                                                             - Dr.Farhan Hadi - 







sempat mengabadikan foto bersama pendakwah bebas & penulis iaitu Ustazah Fatimah Syarha
at 11:41 PM coret-coret aisyahusna 0 0 omelan manja
Labels: Dunia Kampus, Tazkirah

Monday, October 17, 2011

Hikmah S.A.K.I.T

‎Assalamualaikum pembuka bicara. Izinkan saya berkongsi sedikit cerita / ilmu yang saya perolehi daripada 'facebook' mengenai kasihnya Allah kepada hamba-Nya.


4 MALAIKAT YANG MENDATANGI ORANG YANG SEDANG SAKIT...

Tak perlu anda bersedih dalam sakit kerana itu adalah ujian dalam ibadah anda. Salah satu bukti kasih sayang-NYA adalah, Tuhan mengutus 4 malaikat untuk selalu menjaga kita dalam sakit. Berikut adalah penjelasannya;




“Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu semasa sihat dan semasa waktu senangnya.”

Ucapan Rasulullah SAW tersebut diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadist yang lain Rasulullah bersabda :


“Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya.”

Allah memerintahkan :

  • Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.
  • Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya.
  • Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat lesi.
  • Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akanmenyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba.

Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah lalu berkata :

“Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?”

Allah menjawab : “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut.”


Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

“Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”

Maa syaa Allah, Laa Quwwata Illaa Billaah





- Nota Kaki -

semoga cepat sembuh ye wahai sahabat * Munira Anuar * 
*sila layari http://munbulan.blogspot.com/ *
at 7:40 PM coret-coret aisyahusna 6 0 omelan manja
Labels: Tazkirah

Saturday, October 15, 2011

Debat IPG 2011

Alhamdulillah, selesai sudah Debat IPG peringkat Kebangsaan yang bermula pada hari Isnin , 09 Oktober 2011 sehingga 13 Oktober 2011. Pertandingan Debat Piala Timbalan Menteri Pelajaran ini berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (maktab aku seyh). Pertandingan ini telah disertai oleh guru pelatih daripada 21 buah IPG di seluruh Malaysia. Hanya terdapat 3 IPG sahaja yang tidak menghantar wakil dalam pertandingan ini. 24 buah IPG yang terlibat ialah ;- 

  • IPG Kampus Tg Ampuan Afzan (AFZAN)
  • IPG Kampus Kota Bharu (IPKB)
  • IPG Kampus Dato' Razali Ismail (KDRI)
  • IPG Kampus Sultan Mizan (MIZAN)
  • IPG Kampus Bahasa Melayu (IPBM)
  • IPG Kampus Ilmu Khas (IPIK)
  • IPG Kampus Bahasa-bahasa Antarabangsa (IBBA)
  • IPG Kampus Perlis
  • IPG Kampus Darulaman (IPDA)
  • IPG Kampus Rajang
  • IPG Kampus Keningau
  • IPG Kampus Sultan Abdul Halim (IPSAH)
  • IPG Kampus Ipoh
  • IPG Kampus Raja Melewar (IPRM)
  • IPG Kampus Tun Hussein Onn (IPTHO)
  • IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
  • IPG Kampus Pulau Pinang
  • IPG Kampus Tuanku Bainun
  • IPG Kampus Batu Lintang
  • IPG Kampus Temenggong Ibrahim (IPTI)
  • IPG Kampus Kent
  • IPG Kampus Tawau
  • IPG Kampus Gaya
  • IPG Kampus Pendidikan Islam (IPIS)

Akhirnya Piala Timbalan Menteri Pelajaran berjaya dirangkul oleh IPG Kampus Gaya dan takhta pendebat terbaik turut dipegang oleh guru pelatih daripada IPG tersebut iaitu Mohd Farik. Pertandingan akhir ini berlaku diantara IPG Kampus Gaya dan IPG Kampus Bahasa Melayu dengan membawa usul : Sekolah Vernakular Mendukung Gagasan 1 Malaysia.Kejayaan berpihak disebelah pihak Kerajaan. TAHNIAH kepada para pemenang.



Pertama kali, aku dan rakan-rakan PPISMP BM2 Semester 3 telah diberi mandat menjadi urus setia pertandingan.Gembira + teruja = penat. Setiap orang daripada mempunyai tugas dan peranan masing-masing. Tugas aku kali ini ialah menjadi urus setia ( AJK Tempat Pertandingan ). Aku ditugaskan menjaga Bilik Sidang 7, terdapat 12 buah bilik sidang kesemuannya.








Nabila dan Masnur (rakan sekelas) , mereka terlibat sebagai AJK Makanan. Kesian dorang, ktorng asyik tanya sal makanan je...haha..dahla, asyik minta makanan lebih je...*budak laki ea*kitorang takpun.



penonton setia IPIK , si baju hijau...haha..dia minat sangat la dgn seorang budak IPIK...ishh3...sume sidang dia akan tengok *bila IPIK bersidang jelh*




 pendaftaran para peserta pertandingan


Yang dipertua & Penjaga Masa yg setia
kakak-kakak Semester 4

Kitorang hanya ditugaskan menjaga bilik sidang, menghantar keputusan pertandingan dan menguruskan tempat pertandingan. Tapi, rasa-rasanya macam semua tugas je ktorang wat.Biasalah , nama pun junior kan..kenalah ikut kata senior.


IPSAH vs AFZAN


Terima kasih kepada Siti Fatihah kerana sudi menemani aku dalam menjalankan tugas sebagai AJK Tempat Pertandingan sepanjang pertandingan berlangsung. 


uishhh, gambar curi nihh...masa ni, otw nak g hantar keputusan pertandingan ke Dewan Kuliah B. Akmalrayyan punya kerja la nih.credit to him.Kau membuatkan aku teringin untuk memiliki DSLR sendiri.Semua gambar kau cantik la.^^

- Nota Kaki -

Tamat sudah, semua aktiviti ... x lama ag final exam...wish me luck...=)

at 4:11 PM coret-coret aisyahusna 1 0 omelan manja
Labels: Dunia Kampus

Sunday, October 2, 2011

BerSYUKUR dengan apa yang ada

Assalamualaikum

Aishh, rasa macam jejari ni x betah menaip dah sekarang. Mana tak nya , sekarang dah jarang jejari ni menari-nari di pentas keyboard lappy . Bulan September berlalu sudah. Pelbagai kenangan telah tercipta *memori tercipta* . Kenangan di Putrajaya/Dataran Merdeka, Taman Negara Kuala Tahan dan Kuantan. Mungkin semua itu memenatkan fizikal dan mental tetapi tanpa disedari telah melakar suatu memori indah dan pengalaman baru sejak aku bergelar seorang guru pelatih.


Pernah juga aku merungut dengan aktiviti yang semakin bertambah sejak aku bergelar guru pelatih, tapi terus ditegur oleh umi. Umi pantas memarahi aku, katanya tidak baik merungut dengan apa yang telah kita miliki sekarang. Semua yang kita ada sekarang, tak semestinya akan kekal selamanya. Jadi, berSYUKUR lah. ALLAH telah merencanakan yang terbaik untuk hambanya.

                    



Jika kini aku masih bergelar pelajar UIA, semua ini tak akan aku alami. Dunia kampus di universiti tidak seperti di maktab lazimnya. Jadual serta semua aktiviti sangat berbeza. SO, bersyukurlah wahai Aisyah..semua ini ada hikmahnya..

- Nota Kaki-

ALLAH maha mengetahui apa yang DIA rencanakan
at 11:56 PM coret-coret aisyahusna 2 0 omelan manja
Labels: Personal
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
 Silent Reader (s)

✿ aku tak berdaya ✿

✿ pengarang jantung ✿

✿ ThIS iS mE ✿

My photo
aisyahusna
currently studying Bahasa Melayu course in IPG Kampus Tg Ampuan Afzan , Pahang...teacher-to-be...^^
View my complete profile

✿ click me :) ✿

✿ chit-chat room ✿


ShoutMix chat widget
;)
Total Posts: 119
Total Comments: 253
get this

✿ Post terkini ✿

get this widget here

kategori (◕‿◕✿)

  • Contest (2)
  • Dunia Kampus (16)
  • Fakta (8)
  • Filem / Drama (5)
  • Keluarga (3)
  • Kembara (6)
  • Lagu (3)
  • Perasaan (5)
  • Personal (17)
  • Remaja (4)
  • Tazkirah (14)

✿ conteng-conteng ✿

  • ▼  2011 (115)
    • ►  December (5)
    • ►  November (7)
    • ▼  October (4)
      • Bicara C.I.N.T.A
      • Hikmah S.A.K.I.T
      • Debat IPG 2011
      • BerSYUKUR dengan apa yang ada
    • ►  September (1)
    • ►  August (7)
    • ►  July (8)
    • ►  June (10)
    • ►  May (16)
    • ►  April (18)
    • ►  March (12)
    • ►  February (12)
    • ►  January (15)
  • ►  2010 (4)
    • ►  December (4)

✿ saya baca belog ini ✿

  • Hami Asraff
    Kenangan, Rindu, Ujian, Harapan.
  • The Other Khairul
    Kelemahan dan Keburukan Seseorang Juga Merupakan Satu Rezeki
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
  • Irine Nadia Marcello
    Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
  • .. cik epal ..
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Hanis Zalikha
    Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
  • SolihinZubir.com

✿ popular post ✿


Get this widget here

✿ lalulintas ✿

COuNtEr (◕‿◕✿)

50006
Background Labs

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hak milik mutlak ✿ aisyasensei.blogspot.com ✿Dis 2010. Powered by Blogger.
Copyright@2010. All Right Reserved by aisyahusna