-->

:aisynur humaira:

klik-klik


ShoutMix chat widget
;)

Sunday, December 11, 2011

Keputusan Peperiksaan Meningkat

Assalamualaikum w.b.t


Syukur , Alhamdulillah...kupanjatkan kepadaMu Ya Allah.Syukur sangat-sangat.Walaupun result peperiksaan Aisyah tidaklah secemerlang mana tapi bagi Aisyah asalkan result meningkat.Itu sudah cukup.Baru nampak berlakunya peningkatan daripada apa yang telah kita lakukan.Alhamdulillah.Tapi yang pastinya ,tak merasa la naik stage tahun depan . 


Usaha tangga kejayaan,insyaAllah boleh suatu hari nanti. 








Kepada warga IPG Kampus Tg Ampuan Afzan yang masih belum menyemak keputusan peperiksaan terkini anda. Anda boleh layari laman web berikut : 

http://ipgktaa.unitpen.edu.my/umum/utama.php

p/s : sekejap pointer naik,sekejap turun,lepas tu naik balik :D
at 3:44 PM coret-coret aisyahusna 1 0 omelan manja
Labels: Personal

Wednesday, December 7, 2011

Wanita bertudung itu cantik

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini Aisyah ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai sebab-sebab mengapakah Islam menyuruh wanita mahupun perempuan menutup aurat mereka dengan memakai tudung.

1)Tuntutan agama
Rasulullah menceritakan bahawa : “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya.



 2) Mengurangkan dosa 
Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.

3) Lebih pintar dan tenang
Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4) Tidak membazir 
Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli syampu, pewarna rambut yang mahal atau pergi ke salun.
5) Lebih sopan dan manis
Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi wanita2 nie ada value added sebenarnya)

 
 6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampu pelindung, hakikatnya syampu itu sendiri mengandungi bahan kimia yang merosakkan.   

7) Menjadikan diri anda “Mahal”
Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya yang tinggi di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8) Lebih dihormati 
Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi.

***********

Tiada sebab untuk mengatakan tidak kepada tudung.Jika anda menganggap memakai tudung itu kolot mahupun ketinggalan zaman.Sememangnya anda sendiri yang masih ditakuk lama.Mayapun ini menunjukkan fesyen tudung semakin pelbagai,ada yang mengikut syariat dan ada yang tidak.Semuanya bergantung kepada diri anda sendiri,tepuk dada, tanya iman.Ber "fesyen " tidak salah, cuma syariat dan batas-batas perlu dijaga.Islam itu mudah.
 
Noraisyah Husna
♥ Secantik mana pun perempuan tidak bertudung , cantik lagi perempuan yang bertudung ♥

p/s : Menutup aurat itu wajib ke atas umat ISLAM
 ·  ·  · Monday at 17:06
  • Aminuddin Jamaludin, Najib Luqman, Noorul Ameliana Khalid and 59 others like this.
at 11:07 PM coret-coret aisyahusna 0 0 omelan manja
Labels: Personal, Tazkirah

Saturday, December 3, 2011

Zauj dan Zaujah Muda

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, bersyukur aku kehadrat ILAHI kerana disaat tangan ini menari-nari di atas papan kunci, aku masih lagi bernafas di muka bumi ALLAH ini.


Syukur.Kebanyakan rakan seusia ku sudah bergelar zauj dan zaujah ( suami dan isteri ) . Dan lebih menarik lagi,mereka sudah bergelar ibu dan bapa. Kadang-kala aku sendiri terfikir, adakah sudah menjadi fenomena , berkahwin di usia muda ?


Memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di usia 19 tahun, sangat mencabar pada fikiranku. Sangat muda . Tapi, mungkin mereka sudah mendapat seruan bernikah di usia yang muda. ALLAH maha mengetahui , apa yang DIA rencanakan untuk hambanya.Ketika rakan-rakan seusia sibuk dengan hubungan kasih kekasih, mereka menjalin kasih dengan kekasih yang halal. Untungnya ! Tak perlu lalai dengan telefon, SMS , bergayut segala bagai.






Ada juga, aku bertanya kepada ummi ku, mengenai persoalan ini. Ummi mengatakan bahawa, daripada berkasih-kasihan dengan yang bukan muhrim lebih bauk bernikah. ISLAM ITU MUDAH, cuma hambanya yang menyulitkan keadaan. Bila sudah suka sama suka, lebih baik ijab dan kabul menjadi jalan penyelesaiannya.


Tertarik bila lensa mata ini membaca bait-bait perkongsian rakan - rakan seusia aku yang sudah bergelar zaujah dan zauj. Betapa indahnya bila ijab dan kabul menghalalkan perhubungan. Mungkin pernah dalam kalangan kita terfikir yang berkahwin di usia muda, seperti kembali ke zaman ibu dan bapa kita sendiri kerana sama seperti di zaman mereka. Tidak hairanlah kerana hidup kita ini umpama roda, kadang kita diatas dan adakalanya di bawah. Mungkin apa yang orang lain pernah alami, kita akan alami. Mungkin bukan sekarang, tetapi suatu hari nanti.








Tidak perlulah menghebahkan hubungan yang belum tentu ke jinjang pelamin , mungkin lebih menambahkan dosa. Maaf, mungkin ini hanya pendapat aku.


p/s : boleh la singgah di blog Myra , Yana dan Sarah. Mereka sedia berkongsi pengalaman mereka..
at 1:56 AM coret-coret aisyahusna 2 0 omelan manja
Labels: Fakta, Perasaan

Thursday, December 1, 2011

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011



Tarikh Anugerah: November 30, 2011
Venue: Hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam

- November 30, 2011 - 

Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus.

  •  Kelab Terbaik: Selangor PKNS FC 
  • FA Terbaik: FA Selangor
  • Pemain Harapan Terbaik: Wan Zack Haikal Wan Noor (Harimau Muda A)
  • Jurulatih Terbaik: Irfan Bakti Abu Salim (Terengganu)
  • Penyerang Terbaik: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
  • Pemain Tengah Terbaik: Shafiq Rahim (Selangor)
  • Pertahanan Terbaik: Norhafiz Zamani Misbah (Negeri Sembilan)
  • Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
  • Anugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)



p/s : semakin meminati sukan bola sepak ( terpengaruh dengan minat adik-adik lelaki)

at 1:27 AM coret-coret aisyahusna 2 0 omelan manja
Labels: Fakta

Wordless Thursday



romantik,loving,caring mana sekalipun.... 
kalau jenis yang tak solat, tiada ertinya...
 solat kunci keimanan


' SOLAT TIANG AGAMA '
at 12:45 AM coret-coret aisyahusna 0 0 omelan manja
Labels: Fakta

Monday, November 21, 2011

Happy Anniversary

Assalamualaikum w.b.t


Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan yang ke-20
 buat kedua ibu bapa ku, 
Encik Afandi dan Puan Che Julaida.


Buat kedua orang tuaku :


Ya Allah , 
Tuhan yang menyatukan dua hati kami, 
Engkau campakkanlah ke dalam hati kami, perasaan kasih sayang antara satu sama lain,
sebagaimana Engkau satukan hati Nabi Muhammad saw bersama Saidatina Khadijah r.ha.

Syukur Ya Allah... Berikanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat.



Dengan bertambahnya usia perkahwinan kalian,bertambah jualah limpahan kasih sayang dalam keluarga kita ini.Semoga keluarga kita tergolong dalam keluarga yang sakinah dan rahmah serta dilimpahi mahabbah.Ameen.



p/s : belanja famili makan kat luar malam ni....
at 3:55 PM coret-coret aisyahusna 0 0 omelan manja
Labels: Keluarga

Sunday, November 20, 2011

Tidak perlu semua ini

Assalamualaikum w.b.t


Sekadar berkongsi ilmu dan pendapat di ruangan blog picisan ini.


Pabila aku berlegar-legar di ruangan pusat membeli-belah,kadang-kala mata ini terlihat akan gelagat muda-mudi dewasa ini yang sudah jauh tersasar dari syariat Islam terutama sekali dari segi pemakaian.


Kaum Adam memakai barang perhiasan seperti bangle,cincin,rantai.Kadang-kala terdapat juga segelintir daripada mereka memakai perhiasan emas.Adakah perhiasan seperti ini menjadi suatu trend ? Machokah anda bila memakai perhiasan ini ? Tepuk dada,tanya iman anda.


GAMBAR HIASAN




Wahai kaum ADAM sekalian,sila ambil perhatian ! Anda telah diharamkan oleh Allah untuk memakai perhiasan yang menyerupai emas,mahupun emas sekalipun.HARAM.titik.


Kalau anda kurang jelas akan hal ini.Sila rujuk Hadis Nabi Muhammad s.a.w :


Saidina Ali r.a bersabda :


"Rasulullah s.a.w mengambil sutera , lalu meletakkannya disebelah kanannya dan mengambil emas kemudian diletakkan disebelah kirinya , lantas Baginda bersabda : kedua-dua ini HARAM bagi orang lelaki dari umatku .(Hadis riwayat Ahmad , Abu Daud , Nasa'i , Ibnu Hibban dan Ibnu Majjah)


Sudah jelas lagi bersuluh yee para sahabat.




Tetapi,haruslah diingat disini yee,jangan melonjak-lonjak kegirangan bila anda memakai perhiasan silver mahupun gangsa sekalipun. Sila rujuk hadis ini :


Berdasarkan hadis Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah :


"Sesungguhnya haram (orang lelaki) menyerupai mereka (orang perempuan) antaranya ialah dengan memakai perhiasan yang khusus bagi mereka lagi yang lazim menjadi hak mereka seperti memakai gelang tangan , gelang kaki dan seumpama keduanya "

Faham murid-murid ? *praktis tanya murid-murid,haha*


Sedangkan semasa zaman sekolah pun,barang-barang perhiasan seperti ini akan dirampas oleh pengawas sekolah dan guru dan tergolong dalam golongan barang-barang yang diharamkan dibawa ke sekolah.Jadi, anda fikir-fikirkanlah.


Pada pendapat aku, tidak macho sedikitpun jika anda,iaitu kaum Adam memakai perhiasan seperti bangle,cincin dan rantai.Janganlah sehingga anda menghalalkan benda yang sudah sedia haram disisi-Nya.Sama-samalah kita bermuhasabah diri.Tidak perlu semua ini untuk kelihatan macho dimata semua.




 



at 6:00 PM coret-coret aisyahusna 0 0 omelan manja
Labels: Tazkirah

Saturday, November 19, 2011

My Princess


Tittle : My Princess
Genre : Romance / Comedy
Episode : 16
Broadcast Network : MBC
Cast : 

  • Song Seung Hun as Park Hae Young
  • Kim Tae Hee as Lee Seol
  • Park Ye Jin as Oh Yoon Jo
  • Ryu So Young as Nam Jung Woo
  • Lee Soon Jae as President Park Dong Jae




Synopsis :

Lee-Sul (Kim Tae-Hee) is a woman who enters college later than other girls. Like her peers, they dream of one day becoming a princess, but for Lee-Sul she actually becomes a real life princess ...
Hae-Young (Song Seung-Heon) is a 31-year-old diplomat. He is the sole successor of the Daehan Jonghap Group (the largest conglomerate in Korea). Hae-Young is also handsome and graduated from an Ivy League school. Agreeing to his grandfather`s creed, Park Hae-Young decides to give up his rights to the company and all of his assets. This is all for a young woman named Lee-Sul.
Lee-Sul is a 25-year-old college student, majoring in Art History. She doesn't think about the secrets surrounding her birth or her stepsister who teased her behind her back. Lee-Sul keeps a shabby appearance and works several part time jobs on top of her college career. She also has a crush on her professor Nam Jung-Woo (Ryu Su-Yeong). One day, Lee-Sul becomes a princess overnight. In order to make her a princess, the President of the Daehan Jonghap Group offers all of his assets. 50,000,000 people stamp their approvals for her and royal families from all over the world sends congratulatory telegrams. Lee-Sul accepts the role of Princess, but she is now locked up in her palace and forced to study from dawn to late at night. Even worse, Park Hae-Young is her only instructor and he is snooty.
Yoon-Joo (Park Ye-Jin) is a 30-year-old woman, who works as the director of Hae-Young Museum. Her father is the secretary for the President of the Daehan Jong Group. Yoon-Joo hopes to marry Park Hae-Young one day to gain control over the company. Her plans come to a halt when the Princess suddenly appears. For the Princess, the President of the Daehan Jonghap Group returns all of his property to the community. Even Hae-Youngs begins to have favorable feelings for Lee-Sul. Yoon-Joo can't forgive Lee-Sul for what she has caused. Yoon-Jo then makes a plan and if it succeeds Korea will lose their imperial family.
Jung-Woo (Ryu Su-Yeong) is a professor, archeologist and holds a PH.D in the Arts. He is also popular among the female students. Jung-Woo grew up in a poor family. Even now with his high status, his financial situation isn't so good. Because of this, Jung-Woo hasn't proposed to his girlfriend Yoon-Joo. One day, something strange happens. Jung-Woo's student Lee-Sul (who always submits papers late, but works hard at excavation sites) turns out to be a princess. Lee-Sul then asks Jung-Woo to become an advisor for the "Redemption Committee of Imperial Family Cultural Assets".



Main actor and actress


Original Soundtrack :

  1. I Cherish That Person by Yoseob
  2. Because of You by Beast
  3. Kasio by Taru Plus
  4. Every Single Day by Sunset


@       Drama ini sedang disiarkan di 8TV     @

at 4:17 PM coret-coret aisyahusna 0 0 omelan manja
Labels: Filem / Drama

Sunday, November 13, 2011

✿Heartstrings✿



Title : (◕‿◕✿) Heartstrings @ You've Fallen for Me !!!
Episode : 15 Episode
Genre : Romance , Music
Cast  :
  • Jung Yong Hwa as Lee Shin
  • Park Shin Hye as Lee Kyu Won
  • Song Chang Ui as Kim Suk Hyun
  • So Yi Hyun as Jung Yoon Soo
  • Woo Ri as Han Hee Joo
  • Kang Min Hyuk as Yeo Joon Hee
  • Lee Hyun Jin as Hyun Ki Young
  • Im Se Mi as Cha Bo Woon


Original Soundtrack :(◕‿◕✿)

  • The Day We Fall in Love by Park Shin Hye
  • Star by Kang Min Hyuk
  • You've Fallen for Me by Jung YongHwa
  • Because I Miss You by Jung YongHwa
  • Even If It's Necessary by Ft Island
  • Not Only Friends by Oh Won Bin


OST Heartstring, semuanya best !!!


OST : Because I Miss You 



sempat lagi duk layan drama Korea tyme exam..ish3...apa nak jadi la


p/s : kepada sesiapa yg berminat nak tengok drama nih..bleh lah mintak dgn sy yepp..haha..tp orang2 yang terdekat jelah...kalau jauh,cmne plak nak bagi kan..=)(◕‿◕✿)
at 1:26 AM coret-coret aisyahusna 0 0 omelan manja
Labels: Filem / Drama

Thursday, November 10, 2011

Doakan yang terbaik



p/s : Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan hambamu ini . Good Luck for all IPG students !
at 1:14 AM coret-coret aisyahusna 0 0 omelan manja
Labels: Personal

Monday, November 7, 2011

Akhirnya bertunang jua.....

Assalamualaikum w.b.t

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Rasanya belum terlambat utk aku menyampaikan salam eiduladha.

'akhirnya bertunang jua'

tajuk post cam melampau je rasa..haha.. Sebenarnya bapa saudaraku a.k.a ayahsu aku baru je bertunang petang tadi dgn gadis pilihan sendiri,maksudnya bukan jodoh aturan keluarga la.Mula-mula , hajatnya nak g merisik je tapi alang-alang merisik baik terus meminang.So, jadilah majlis bertunang.Aku tengok nenek aku pulak yang terlebih excited, macam dia pulak yg nak bertunang..haha..biarkan, biasalah anak bongsu la katakan.Polis dengan nurse,ermmm dua-dua kerja ikut shif.Nasib la ayahsu..haha..masing-masing kena berkorban *jodoh2*..



masa majlis berlangsung, aku dgn sepupu-sepupu perempuan cam excited tgok nenek ktorng duk atas pelamin. ehh, bukan nenek aku nak kawen tp dia cuma sarungkan cincin kejari manis bakal menantu bongsu dia. Wah,cam retis *artis* je nenek aku, bila semua lensa kamera menghala kearah beliau..hehe..

sempat jugak la nenek saudara aku berbisik kt ktorng sal pinang meminang zaman dulu dan sekarang..dan ag dia bercerita..ktorng dengar jelh..haha..aku tengok nenek aku sarungkan dua bentuk cincin..aku pun x berapa clear sangat sal bab2 ni..tp bagi aku untung la alik perempuan kan..dapat byk barang kemas..hehe..contohnya la masa merisik dapat cincin, masa bertunang dapat gelang pastu masa nikah dapat rantai..x ke cukup semua..haha..

Nabi Muhammmad ada mengingatkan kepada kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” 
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil).
Majlis pertunangan itu harus dilakukan dengan cara yang cukup sederhana. Tidak perlu berlebih-lebihan.Cukup la sekadar ringkas dan mudah.

SELAMAT BERTUNANG MOHD TAUFIQ & ROSNIZA

- Nota Kaki -

bertunang bukan tiket untuk bersama, batas2 agama wajib dipatuhi..^^

at 10:32 PM coret-coret aisyahusna 0 0 omelan manja
Labels: Keluarga

Wednesday, November 2, 2011

First Love ( A Crazy Little Thing Called Love )




Title      : First Love (Crazy Little Thing Called Love) 
Year      : 2010 
Genre    : Romance / Comedy 
Director : Putthiphong Promsakha na Sakon Nakhon and Wasin Pokpong 
Country  : Thailand 
Starring  : Mario Muarer, Pimchanok Luewisedpaiboon, Tukkie 


Trailer A Crazy Little Thing Called Love




at 5:59 PM coret-coret aisyahusna 2 0 omelan manja
Labels: Filem / Drama

Thursday, October 20, 2011

Bicara C.I.N.T.A

Assalamualaikum w.b.t

Tidak terlambat rasanya untuk aku berkongsi serba sedikit ilmu yang telah aku perolehi daripada sebuah forum yang diadakan di maktabku sendiri . Forum tersebut bertajuk " Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul".Forum ini telah dikendalikan oleh BIAGA IPGKTAA sendiri. 

Dua orang ahli panel iaitu Dr Farhan Hadi dan isteri iaitu Ustazah Fatimah Syarha telah dijemput hadir bagi berkongsi ilmu mereka. Pasangan bahagia ini merupakan pendakwah bebas, penulis novel dan kolumnis majalah Solusi. Pasti ramai yang pernah membaca karya pasangan ini. Antara karya mereka yang popular ialah Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul dan Denyut Kasih Medik. Alhamdulillah, kedua-dua novel ini telah aku baca. ^^


novel ' Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul' karya Ustazah Fatimah Syarha


novel 'Denyut Kasih Medik' karya Dr Farhan Hadi

Antara input-input yang telah aku perolehi daripada forum tersebut ialah :-

  • cinta itu fitrah, andai salah menguruskannya akan menjadi fitnah, pabila berjaya menguruskan cinta maka akan membawa kepada barakah.
  • cinta itu haruslah disandarkan kepada ALLAH, pemilik cinta yang sejati.
  • jangan melihat sekadar atas nama cinta sahaja tetapi lihatlah pada hakikat cinta tersebut. ( pabila lihat pada luaran sahaja, cinta kan bisa mengaburi mata dan akan meninggalkan efek yang besar)
  • cinta itu sesuatu yang membahagiakan, tetapi cinta juga boleh menggilakan.
  • cinta juga mempunyai batas-batas tersendiri . ( jika tanpa batasan cinta, cerdik pandai juga bisa jadi gila dek penangan cinta yang bertunjangkan nafsu semata)
  • jangan jadikan cinta itu seperti arak yang memabukkan manusia. tapi jadikan cinta itu seperti pedang. jika digunakan dengan betul. cinta mampu menjadikan diri lebih positif ke arah kejayaan.
  • jangan gusar jika tidak mencapai keserasian dalam perhubungan tetapi gusarlah jika syariat tidak sehaluan.
  • dalam memilih pasangan lihatlah pada 4 perkara. kecantikan, harta, pangkat dan agama. dan pilihlah yang beragama kerana itulah yg sebaik-baiknya.
  • jangan gusar dalam mencari pasangan yang soleh atau solehah. tapi gundahlah andai diri ini bukan lagi menjadi soleh atau solehah.
  • percayalah pada janji ALLAH, kerana janji ALLAH itu pasti !

"bicara tentang cinta pasti tiada penghujungnya. tiada sape mampu mendefiniskan cinta secara tepat. kerana cinta itu sifatnye subjektif. hanya orang yang mengalaminya sahaja akan memahaminya... "
                                                                                             - Dr.Farhan Hadi - 







sempat mengabadikan foto bersama pendakwah bebas & penulis iaitu Ustazah Fatimah Syarha
at 11:41 PM coret-coret aisyahusna 0 0 omelan manja
Labels: Dunia Kampus, Tazkirah

Monday, October 17, 2011

Hikmah S.A.K.I.T

‎Assalamualaikum pembuka bicara. Izinkan saya berkongsi sedikit cerita / ilmu yang saya perolehi daripada 'facebook' mengenai kasihnya Allah kepada hamba-Nya.


4 MALAIKAT YANG MENDATANGI ORANG YANG SEDANG SAKIT...

Tak perlu anda bersedih dalam sakit kerana itu adalah ujian dalam ibadah anda. Salah satu bukti kasih sayang-NYA adalah, Tuhan mengutus 4 malaikat untuk selalu menjaga kita dalam sakit. Berikut adalah penjelasannya;




“Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu semasa sihat dan semasa waktu senangnya.”

Ucapan Rasulullah SAW tersebut diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadist yang lain Rasulullah bersabda :


“Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya.”

Allah memerintahkan :

  • Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.
  • Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya.
  • Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat lesi.
  • Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akanmenyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba.

Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah lalu berkata :

“Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?”

Allah menjawab : “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut.”


Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

“Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”

Maa syaa Allah, Laa Quwwata Illaa Billaah





- Nota Kaki -

semoga cepat sembuh ye wahai sahabat * Munira Anuar * 
*sila layari http://munbulan.blogspot.com/ *
at 7:40 PM coret-coret aisyahusna 6 0 omelan manja
Labels: Tazkirah
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
 Silent Reader (s)

✿ aku tak berdaya ✿

✿ pengarang jantung ✿

✿ ThIS iS mE ✿

My photo
aisyahusna
currently studying Bahasa Melayu course in IPG Kampus Tg Ampuan Afzan , Pahang...teacher-to-be...^^
View my complete profile

✿ click me :) ✿

✿ chit-chat room ✿


ShoutMix chat widget
;)
Total Posts: 119
Total Comments: 253
get this

✿ Post terkini ✿

get this widget here

kategori (◕‿◕✿)

  • Contest (2)
  • Dunia Kampus (16)
  • Fakta (8)
  • Filem / Drama (5)
  • Keluarga (3)
  • Kembara (6)
  • Lagu (3)
  • Perasaan (5)
  • Personal (17)
  • Remaja (4)
  • Tazkirah (14)

✿ conteng-conteng ✿

  • ▼  2011 (115)
    • ▼  December (5)
      • Keputusan Peperiksaan Meningkat
      • Wanita bertudung itu cantik
      • Zauj dan Zaujah Muda
      • Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011
      • Wordless Thursday
    • ►  November (7)
      • Happy Anniversary
      • Tidak perlu semua ini
      • My Princess
      • ✿Heartstrings✿
      • Doakan yang terbaik
      • Akhirnya bertunang jua.....
      • First Love ( A Crazy Little Thing Called Love )
    • ►  October (4)
      • Bicara C.I.N.T.A
      • Hikmah S.A.K.I.T
    • ►  September (1)
    • ►  August (7)
    • ►  July (8)
    • ►  June (10)
    • ►  May (16)
    • ►  April (18)
    • ►  March (12)
    • ►  February (12)
    • ►  January (15)
  • ►  2010 (4)
    • ►  December (4)

✿ saya baca belog ini ✿

  • Hami Asraff
    Kenangan, Rindu, Ujian, Harapan.
  • The Other Khairul
    Kelemahan dan Keburukan Seseorang Juga Merupakan Satu Rezeki
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
  • Irine Nadia Marcello
    Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
  • .. cik epal ..
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Hanis Zalikha
    Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
  • SolihinZubir.com

✿ popular post ✿


Get this widget here

✿ lalulintas ✿

COuNtEr (◕‿◕✿)

49882
Background Labs

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hak milik mutlak ✿ aisyasensei.blogspot.com ✿Dis 2010. Powered by Blogger.
Copyright@2010. All Right Reserved by aisyahusna