Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bersyukur aku kehadrat ILAHI kerana disaat tangan ini menari-nari di atas papan kunci, aku masih lagi bernafas di muka bumi ALLAH ini.
Syukur.Kebanyakan rakan seusia ku sudah bergelar zauj dan zaujah ( suami dan isteri ) . Dan lebih menarik lagi,mereka sudah bergelar ibu dan bapa. Kadang-kala aku sendiri terfikir, adakah sudah menjadi fenomena , berkahwin di usia muda ?
Memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di usia 19 tahun, sangat mencabar pada fikiranku. Sangat muda . Tapi, mungkin mereka sudah mendapat seruan bernikah di usia yang muda. ALLAH maha mengetahui , apa yang DIA rencanakan untuk hambanya.Ketika rakan-rakan seusia sibuk dengan hubungan kasih kekasih, mereka menjalin kasih dengan kekasih yang halal. Untungnya ! Tak perlu lalai dengan telefon, SMS , bergayut segala bagai.
Ada juga, aku bertanya kepada ummi ku, mengenai persoalan ini. Ummi mengatakan bahawa, daripada berkasih-kasihan dengan yang bukan muhrim lebih bauk bernikah. ISLAM ITU MUDAH, cuma hambanya yang menyulitkan keadaan. Bila sudah suka sama suka, lebih baik ijab dan kabul menjadi jalan penyelesaiannya.
Tertarik bila lensa mata ini membaca bait-bait perkongsian rakan - rakan seusia aku yang sudah bergelar zaujah dan zauj. Betapa indahnya bila ijab dan kabul menghalalkan perhubungan. Mungkin pernah dalam kalangan kita terfikir yang berkahwin di usia muda, seperti kembali ke zaman ibu dan bapa kita sendiri kerana sama seperti di zaman mereka. Tidak hairanlah kerana hidup kita ini umpama roda, kadang kita diatas dan adakalanya di bawah. Mungkin apa yang orang lain pernah alami, kita akan alami. Mungkin bukan sekarang, tetapi suatu hari nanti.
Tidak perlulah menghebahkan hubungan yang belum tentu ke jinjang pelamin , mungkin lebih menambahkan dosa. Maaf, mungkin ini hanya pendapat aku.
p/s : boleh la singgah di blog Myra , Yana dan Sarah. Mereka sedia berkongsi pengalaman mereka..
Mencari yang halall itu adalah
ReplyDeletesuatu kewajipan :)
1. Nak Salahkan Siapa Kalau Kau Sakit?
2. Jom Sertai Bloglist ahsfantasy24.com 2012 !
@ ahsfantasy24
ReplyDeletesy stuju pendapat akak..hehe...