-->

:aisynur humaira:

klik-klik


ShoutMix chat widget
;)

Saturday, April 16, 2011

Garapan hati buat sang isteri

Untuk bakal isteriku..



Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu.
 Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang.
 Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya.
 Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “Kau tercipta untukku.”

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu.
 Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. 
Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. 
Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana harta dan perwatakanku.
Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku.
 Aku risau imanku akan lemah.
 Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. 

Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya.
Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini.
 Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga.
Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. 
Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau.

Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. 
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku.
 Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari dirimu. 

“Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.”

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta.
 Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. 
Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu.
Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana.
 Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta, rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu.
Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita.
 Saat di mana aku bakal melamarmu,
akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita.

Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta,
wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

“Kawinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama.

Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.”

 Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya.
 Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita.
Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. 
Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita,Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin.

Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.
wahai saudari seakidahku,  carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu, yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya, dan lelaki yang membangunkanmu untuk bangun beribadat bersama-sama pada 2/3 malam….
.
- nota kaki -

aku mendambakan insan yg dapat memimpin tanganku,
menuju ke syurga abadi...


at 7:17 PM coret-coret aisyahusna

0 0 omelan manja:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
 Silent Reader (s)

✿ aku tak berdaya ✿

✿ pengarang jantung ✿

✿ ThIS iS mE ✿

My photo
aisyahusna
currently studying Bahasa Melayu course in IPG Kampus Tg Ampuan Afzan , Pahang...teacher-to-be...^^
View my complete profile

✿ click me :) ✿

✿ chit-chat room ✿


ShoutMix chat widget
;)
Total Posts: 119
Total Comments: 253
get this

✿ Post terkini ✿

get this widget here

kategori (◕‿◕✿)

  • Contest (2)
  • Dunia Kampus (16)
  • Fakta (8)
  • Filem / Drama (5)
  • Keluarga (3)
  • Kembara (6)
  • Lagu (3)
  • Perasaan (5)
  • Personal (17)
  • Remaja (4)
  • Tazkirah (14)

✿ conteng-conteng ✿

  • ▼  2011 (115)
    • ►  December (5)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (7)
    • ►  July (8)
    • ►  June (10)
    • ►  May (16)
    • ▼  April (18)
      • Bunga-Bunga Cinta (◕‿◕✿)
      • Hikmah Ujian
      • Ashraf Muslim Selamat Bertunang
      • Calon- calon Pemuda Pilihan
      • Sahabat Sejati
      • Bunga Idaman
      • Dari Kekasih buat Kekasih
      • Class Gathering
      • Garapan hati buat sang isteri
      • Ujian Kecergasan Jasmani Kesihatan
      • Tugas guru bukan sekadar dari pagi hingga tengah hari
      • Insan yg paling aku ADORE !
      • How to tie a necktie
      • Pesan Ummi
      • -Ice cream times-
      • MUET -Bhgian 1-
      • What Women Want
      • Take the Pixca !!!
    • ►  March (12)
    • ►  February (12)
    • ►  January (15)
  • ►  2010 (4)
    • ►  December (4)

✿ saya baca belog ini ✿

  • Hami Asraff
    Kenangan, Rindu, Ujian, Harapan.
  • The Other Khairul
    Kelemahan dan Keburukan Seseorang Juga Merupakan Satu Rezeki
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
  • Irine Nadia Marcello
    Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
  • .. cik epal ..
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Hanis Zalikha
    Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
  • SolihinZubir.com

✿ popular post ✿


Get this widget here

✿ lalulintas ✿

COuNtEr (◕‿◕✿)

50081
Background Labs

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hak milik mutlak ✿ aisyasensei.blogspot.com ✿Dis 2010. Powered by Blogger.
Copyright@2010. All Right Reserved by aisyahusna