-->

:aisynur humaira:

klik-klik


ShoutMix chat widget
;)

Tuesday, May 31, 2011

Gardening ^_^

SALAM & SELAMAT PETANG

Hari ini, ada la jugak aktiviti yang berfaedah yang telah Aisyah lakukan bersama adik-adik..
Nak tau apa yang kami lakukan ???

*Sila rujuk tajuk diatas*

GARDENING

a.k.a

BERKEBUN


aku telah dikerahkan untuk menyertai aktiviti ini..huhu..
maknanya ..kena paksa rela kann....

aku adik beradik kena bersihkan kebun nenek ( Mok )
dah lama terbiar camtu je..
 tinggi rumput dan lalang ag daripada tanaman Mok..
seyes...panjang giler rumput..
tak terdaya aku nak menebas..
agak besar la jugak kebunnya...
nasib baik ada ramai tenaga kerja..
so, kitorang bahagi-bahagi tugas la..
senang ckit...


Aqiff laaa....
nak ikut jugak budak ni...


ceyhh...muka cam bahagia je..
dapat cabut rumput la katakan...haha


pekerja-pekerja yang tekun..

TAPI

mula-mula je tekunnya..pas2..main-main je lebih...



adik laki aku...Asyraf..
semangat betul menebang pokok pisang..
nilah, gunanya tenaga orang laki...
xdelah..orang perempuan kena wat sume...
x ke gitu..haha


macam-macam budak tiga orang ni..
Atheef...Ariff....Aliff....


- NOTA KAKI -

berkebun itu bagus tuk kesihatan
sekaligus dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

at 6:12 PM coret-coret aisyahusna 0 0 omelan manja
Labels: Keluarga

Monday, May 30, 2011

Pencarian Kebahagian


"Aisyah,kau pernah minat pada seorang lelaki tak ?" tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.
"Pernah lah," jawab saya. Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.
"Kalau kau suka, kau akan buat apa?"
"Aku akan berdoa dalam hati, Ya Allah,aku suka akan dia,jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah dia untukku, jika bukan maka berikanlah yang lebih baik dari itu,"jawab saya.
"Oh..." terdiam seketika kawan saya itu.

Benar, setiap orang pasti pernah jatuh cinta. Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut. Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan sebagainya. Menipulah jika saya katakan bahawa saya tidak pernah mempunyai perasaan itu kerana bagi saya rasa cinta kan jantina yang berlawanan adalah fitrah.
Jangan jadi manusia terhegeh-hegeh dan terlalu menguja.
Saya pernah membaca banyak perumpaan yang diberikan kepada wanita . Antaranya ialah Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu. Seperti bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam. Begitu tinggi darjatnya seorang wanita.
Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan anda.
Seringkali kerisauan mengenai jodoh menjadi pendorong kepada berlakunya ikatan kemanusiaan jantina yang berbeza yang tiada nilai di sisi agama - bercouple tanpa sah!
Umi dan abah selalu berpesan," kak long dah besar, belajar jauh-jauh dari keluarga, satu je abah nak ingatkan, jangan nak mengada nak bercinta. Kalau dah tiba waktu yang sepatutnya, tak pe lah. Sekarang tugas kak long, tumpukan pada pelajaran, yang lain tak payah fikir." Saya hanya mengangguk tanda faham.
Atas alasan takut diri tidak laku,maka jika sesiapa lelaki yang menghulur cinta maka terus diterima tanpa berfikir dengan akal yang waras. Maka ketetapan Allah mengenai jodoh tidak dipeduli kerana kerisauan yang sering menghantui diri.
Sudah dibilang pelihara diri anda, maka peliharalah kerana itu bukan sesuatu yang merugikan. Namun, jika diri sudah terperangkap dengan mainan emosi kerisauan ini, segeralah bermuhasabah.
Ya,benar.. saya akui, jodoh tidak akan bergolek, cinta perlu dicari. Namun, pencarian anda itu bagaimana caranya? Adakah mengikut syariat atau tidak? Adakah anda yakin pacar anda sekarang pasti meminang anda atau tidak?
Dan akhirnya pasti kalian menjawab, "terserah pada Allah, moga inilah jodohku"..
Nah, akhirnya anda sendiri akur untuk berserah juga akhirnya, tetapi berserah setelah mengikut pencarian yang salah, anda sendiri mampu menafsir apa yang berlaku seterusnya.
Saya tidak menafikan juga bahawa kebahagiaan itu tidak mampu dinilai. Tapi sedarlah wahai sekalian sahabatku, kita sering bermimpi indah selepas perkahwinan, punya anak-anak yang soleh dan sebagainya, tapi hakikatnya kita masih kabur dalam menilai erti perkahwinan itu sendiri.

Saya ingin memetik satu persoalan daripada kata-kata Saiful Islam dalam karya beliau iaitu buku Aku Terima Nikahnya 2 :- BERCINTA SAMPAI KE SYURGA, " tidakkah pelik jika ada pasangan hangat bercinta tetapi tidak terfikir untuk bersama selama-lamanya ?"
Seharusnya perkahwinan ini mampu menghasilkan generasi Islam yang lebih mantap, bukan pewaris kepada dosa-dosa yang kalian sudah lakukan sebelumnya.
Tuntasnya, saya mahu mengingat kepada diri saya sendiri serta sahabat sekalian bahawa carilah jodoh anda dengan cara yang paling diredhai oleh Allah.
Berpacaran bukanlah jalan terbaik untuk mengatasi masalah kerisauan anda tentang jodoh. Jika indah akhlak kalian, menjaga peribadi anda, jodoh itu sendiri datang kepada kalian tanpa disedari. Sama-sama lah kita memperbaiki akhlak dan keperibadian kita sendiri.
Mahu pasangan yang soleh dan solehah? Andalah yang perlu menjadi soleh atau solehah terlebih dahulu...
Tidak perlu dicari jodoh itu, tapi mintalah kepada-Nya, kerana hanya DIA yang Maha Mengetahui jodoh terbaik untuk kalian.
Apa yang perlu kalian lakukan sekarang bukanlah menjalin hubungan mesra dengan pacaran tetapi jalinlah hubungan mesra dengan Yang Maha Memiliki! Apabila hubungan cinta anda dengan Al-Rahim terjaga, insyaALLAH hubungan cinta anda dengan manusia akan dipelihara.
Jangan sekadar mohon jodoh,namun mohonlah juga keturunan yang baik kerna itu bisa menjadi penyejuk mata dan hatimu. InsyaALLAH...

- NOTA KAKI -
       Ikutlah jalan Islam, pasti bahagia selamanya, insyaAllah!
at 6:35 PM coret-coret aisyahusna 0 0 omelan manja
Labels: Remaja

Sunday, May 29, 2011

A Day with Mufidah

SALAM...

Hari ini hari AHAD...
tepat jam 1.16 pagi...

 nothing to write , but I just wanna to say that I'm happy last day...
I had meeting and dating with my late friends....Mufidah..aka..pdah

ceyhh....entah betul ke entah salah...
ayat english aku kat atas tu...
xde apa yang hendak ditulis..tapi tulis jugak..hehe...
apa la Aisyah nih....???

sebenarnya..aku cuma nak cerita yang hari Sabtu 2..
aku jumpa ngn member sekolah aku dulu..
x ramai pun..Mufidah sorang je..
ajak dah Hidayah..tapi, dia ada hal la pulak...
it's okay, Dayah...kalau ada jodoh kita jumpa nanti ea...

2 pun wat keputusan last minute...
memang plan lama dah..tapi, aku x berani nak minta izin ngn abah..
so, klu xdpt izin abah..aku mana bleh pergi mana2...
malam 2 jugak..dgn takut2 aku try gak minta...
last2...alhamdulillah...abah izinkan...






seharian kitorang duk tawaf  KB MALL  ..
bukan beli pape pon...juz jalan2..borak2 je...
sambil-sambil beli hadiah tuk Ahnaf (adik)
sambil 2 jgk la duk bercerita sal life masing2 ...
yelah, bukan senang nak jumpa...
sekali dapat jumpa...ase happy sangat...=)



-Nota Kaki-

Sampai ati, mg tinggal aku sore...
lama gila kot duk tunggu teksi..huhu
by the way...
tQ Pdah...coz belanja Ice Blog...

at 1:34 AM coret-coret aisyahusna 5 0 omelan manja
Labels: Kembara

Friday, May 27, 2011

T.U.D.U.N.G


Takut melihat perkembangan umat Islam sekarang..
Dalam Islam, kaum hawa diwajibkan bertudung dan menutup aurat..
Tetapi persepsi umat Islam sekarang hanyalah..
'Alah, kan aku dah pakai tudung, tutup aurat lah tu..'
ATAUPUN...
'Cantik jugak ye aku pakai tudung..'
Ataupun bertudung hanya di sekolah.. di luar rumah??
Wallahua'lam..

Kadang-kadang kesalahan itu diletakkan pada bahu ibu bapa yang terlampau sibuk dengan urusan duniawi..
Apakah kita sebagai anak hanya membiarkan ibu bapa terus leka dalam urusan mereka??
Cuba fikir kalau kita berubah dulu.. ibu bapa kita akan menyedari kesalahan mereka dan mungkin akan berubah..
Ini tidak, kalau anak tidak tutup aurat, salah siapa?? jawapannya ibu bapa..
Wajarkah??
Bertudung tidak semestinya menutup aurat..
Apa guna memakai tudung tetapi baju dan seluar ketat??
Kenapa pakai tudung kalau terdedah aurat??
Apa guna pakai tudung kalau tudung hanya sepanjang sedepa??
Kenapa pakai tudung tetapi tidak memenuhi syariat ALLAH??
ALLAHUAKBAR!! MASYAALLAH!!

Pernah tak kita fikir??
Apa perasaan RASULULLAH S.A.W kalau tengok keadaan umatnya sekarang??
Sedangkan sebelum Baginda wafat Baginda ingat pada kita..
Ummati,Ummati..
ALLAHUAKBAR!!MASYALLAH!!


YA ALLAH, bukakanlah pintu hati mereka..
Kurniakanlah hidayah kepada mereka..
Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia..
Alhamdulillah Ya Allah, tetapkanlah hati kami agar kami sentiasa berada di jalan-Mu yang benar..
Kuatkanlah Iman kami, YA ALLAH..
Amin Ya Robbal A'lamin.

at 2:09 AM coret-coret aisyahusna 2 0 omelan manja
Labels: Tazkirah

Thursday, May 26, 2011

Kesya Contest (Aku & Tudung)


Salam semua,hari nie Aisyah nak join contest lagi..berminat? Jom tengok !




Cantek kan banner kat atas 2....
ase cam nak join je contest nih...hehe...

Kesya Contest (Aku & Tudung)

okey...tuk Contest ni...
Aisyah pertaruhkan gambar yang x seberapa ni...
ni pun gambar time Dinner dengan classmate....



Okey..langkah seterusnya,
Aisyah nak TAG tuk member2 Aisyah....

Cik Ann

SnowQueen Lyna

Leeza Ismail

Wish me LUCK  =)
at 1:21 AM coret-coret aisyahusna 0 0 omelan manja
Labels: Contest

Wednesday, May 25, 2011

Exams are OVER


Lama dah rasanya tak meng UPDATE blog
Al-Maklumlah Aisyah busy dengan exam
tapi, sekarang tinggal satu paper je lagi
iaitu paper tuk subjek major BAHASA MELAYU AKADEMIK 2

DEMAM PEPERIKSAAN 
bakal berakhir pada esok hari. 

yeahhh !!!!

Tak sabar rasanya...
biarlah  tamat  segalanya..


yeahhhh......

sukanya rasa....bila abes exam kann...hehe



rasa LEGA sangat-sangat bila dah abes exam...
boleh la melompat KERIANGAN..haha..
sampai ke puncak Everest pon xpe..xde orang nak larang..





pas abes exam...boleh la balik kampung..
apa lagi......

H.O.L.I.D.A.Y  T.I.M.E.S 


-nota kaki-

saat ini, terbayang wajah bonda dan ayahnda tercinta
kangan bangat sama famili.....<3

jom......BALIK KAMPUNG.....


White Sand ...here I come !!!!
at 3:38 PM coret-coret aisyahusna 2 0 omelan manja
Labels: Personal

Monday, May 23, 2011

:: SUNSHINE SMILE CONTEST STARTS NOW!!!! ::

Assalamualaikum....

Seperti yang dijanjikan , SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula HARI INI iaitu pada 22 MEI 2011 . HADIAH UTAMA berupa PALAROID INSTAX MINI 7S berserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.

CONTEST APE NI???

Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA . Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah. Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/

http://aarrghitsme.blogspot.com/

2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.

3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..

4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html

5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:

http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall

MUDAH KAN? HARAP TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)

Dan Ini Senyuman Saya !



Senyuman ceria dari saya untuk anda semua. Senyuman saya paling ceria sebab saya SENYUM DALAM PENAT . Apakah itu ??? haha...Semasa gambar ini di SNAP, saya baru selesai menjalani aktiviti olahraga. Walaupun PENAT tapi , saya masih tersenyum ceria di depan kamera.
SENYUM ITU SEDEKAH. Dengan senyuman dapat mengubat hati yang lara. 


TAGS

beyla


puteri salju


nuafainn
at 6:53 PM coret-coret aisyahusna 2 0 omelan manja
Labels: Contest

Sunday, May 22, 2011

COUPLE sebelum kahwin, tak best

Assalamualikum w.b.t. readers.....

Apa khabar semuanya...???
semoga semuanya sihat di bawah lembayung Islam dan Iman..insyaALLAH..

okay la..merujuk tajuk di atas...

COUPLE sebelum kahwin ...tak best

kenapa yee..Aisyah cakap macam 2????

sebabnya...tadi, masa Aisyah duk layan FB, tiba2 Aisyah ada ternampak satu LINK yang nampak menarik dan membuatkan Aisyah tertarik untuk membacanya



kalau readers teringin nak tau apa yg Aisyah maksudkan...

Silalah klik LINK dibawah....

13 TAHUN MENCARI CINTA

insyaALLAH...banyak input yang dapat diambil daripada kisah hidup Kak Sarah ini...
selepas je baca blog Kak Sarah...
terus je Aisyah share LINK tersebut di FB...

dan..ramai jugak kawan Aisyah yang baca post ni...
dan mereka turut menyatakan hal yang sama..
Couple sebelum kahwin ..tak best...

  • Aisyah  haha...2 la...bila org 2 bersabar...ALLLAH akan tlg....siap bgi ganjaran yg sngt istimewa ag....
    2 hours ago · 

  • Iellham  a'ah. couple selepas kawin. baru best. Allah diutamakan. Insyaallah. panjang jodoh dia dengan kita. lari satu dunia pown kalau dah takdir untuk hidup bersama tetap akan berjumpa. Allah tahu apa yang kita inginkan. huhu.
    2 hours ago ·  ·  2 people

  • Aisyah tau xpe...x salah klu nk kawan..tp, not mean COUPLE...biar hilang bertahun2..tp klu dia ialah jodoh kita...kompem ALLAH akan permudahkan....
    2 hours ago ·  ·  3 people

  • Nabila  Dapatkan restu ibu bapa. Insya Allah semuanya dipermudahkan. Dan ingat, yang paling utama ialah mengutamakan Allah dalam segala yang kita rancang. Insya Allah segalanya akan dipermudahkan.:)
    2 hours ago ·  ·  2 people

  • Iellham huhu. ingat. jangan couple sebelum kahwin. tak best la. haha. "dia Canon saya Nikon". sweet la cerita dia.
    2 hours ago ·  ·  2 people


    • - NOTA KAKI -

    • Iellham  jangan couple sebelum kahwin. tak best.
      2 hours ago ·  ·  2 people

    • Aisyah  pengajaran nya...jgn couple sblum kawin...x best...haha
      2 hours ago ·  ·  1 person
at 4:07 PM coret-coret aisyahusna 0 0 omelan manja
Labels: Remaja

Saturday, May 21, 2011

Nur Kasih The Movie

SALAM readers and my followers also...
how 's your weekend???

weekend ni..filem baru iaitu Nur Kasih The Movie masuk panggung..
waaaa...aku nak tengok..huhu...
tapi,jauh la dengan Cinema...
paling dekat pun..kat KL laa...
ni kan..minggu exam..xkan nk g KL ..semata-mata nak tengok movie ni je...kann???
aku tengok kat Facebook, hampir semua update status sal Nur Kasih The Movie...
termasuk aku juga....hehehe..^_^

tu sebab boleh dikategorikan "DEMAM NUR KASIH"


SINOPSIS PENUH 
NUR KASIH THE MOVIE

Jalan cerita Nur Kasih the movie dimulakan dengan pemandangan di padang pasir di Jordan, kelihatan dua orang arab Badwi sedang berjalan jalan, dan tiba tiba dikejutkan dengan  kemalangan ngeri sebuah keretapi berlanggar dengan sebuah kenderaan. Kemudian penonton dibiarkan suspen dengan scene tadi.


Jalan cerita diteruskan di kampung tempat Nur Amina dan Adam dengan kenangan kenangan nostalgia mereka masa dulu.
Isteri Aidil iaitu Aliya telah meninggal dunia disebabkan  kemalangan dan dia meninggalkan dua anak iaitu Ilyas, 7 tahun dan Maryam 5 tahun. Aidil yang kematian isteri dilanda kesedihan dan kemurungan dan dia jadi bapa tunggal terpaksa membesarkan anak sendirian.


Jalan cerita diteruskan lagi, Ilyas semakin dewasa dan dia memahami kesedihan dan kesunyian yang ditanggung ayahnya.  Maryam masih kurang matang dan belum memahami kerana masih kecil semasa kematian ibunya.

.Diteruskan lagi, Nur Amina disahkan mengandung dan ini berita paling gembira buat Adam sebab mereka rupa rupanya sudah agak lama menanti berita gembira tu. Boleh tengok dalam trailer Nur Amina sangat teruja semasa bagitau kat Adam yg dia mengandung.


Adam dan Nur melibatkan diri membimbing anak anak di rumah perlindungan, di situ ada watak Sara Ali sebagai remaja liar yang menaruh hati kepada Adam. Shafie Naswip sebagai kekasih kepada Sara Ali yang jugak seorang remaja liar.
Akhirnya  dugaan datang menimpa dia lagi, suspen kat sini,  ada scene kubur.

 Siapa yang mati? Anak Adam dan Nur agaknya sebab tu Adam terlalu sedih sangat. Mungkin Nur keguguran. Kalau kita ingat, dia pernah kematian anak kerana kemalangan di luar negara semasa isteri dia yang pertama dulu.( dalam drama Nur Kasih ) Adam terlalu sedih dan hampir hampir hilang iman kepada Allah kerana dugaan tu.


Adam dan Nur Amanina telah berazam untuk ke Mekah bagi mencari keredhaan dan mendekatkan diri dengan Allah, mereka berdua nak sambung pelajaran jugak di Jordan. Aidil menggantikan tugas Adam dan Nur bagi membimbing anak anak liar di rumah perlindungan.


Adam dan Amina sangat bahagia kat sana, tapi Adam telah dilanda mimpi yang berulang ulang tentang sesuatu yang buruk bakal berlaku. Adam telah bermimpi yg Nur Amina telah mati di pangkuannya, dan dia sangat risau jika sesuatu tragedi berlaku.
Adam dan Nur telah terlibat dalam satu kemalangan yang dasyat di Jordan, siapakah yang meninggal dunia…Adam atau Nur Amina? Last sekali scene keretapi berlanggar tu mungkin akan merungkai siapa yang terkorban..jeng…jeng..jeng..
Kalau tengok pada watak hari tua, watak Aidil masa usia 70 tahun dipegang oleh Rahim Razali dan Amina ialah Afida Es, so watak Adam tua tak dak kan..jadi Adam le meninggal dalam tragedi tu..hehe tu tekaan je.

Pengarah masih berahsia kat penamat cerita Nur Kasih the movie ni, kalau Adam meninggal, Amina kembali dengan Aidil le..benarkah mimpi buruk Adam yang Amina meninggal dunia?
ok..buat lah andaian sendiri..hehe
Stop kat situ dulu..hehe!!  sama sama nantikan pada 19hb Mei ni di pawagam..siap tisu banyak banyak  yeee
Pelakon  dalam Nur Kasih the Movie:
  • Nur Amina dilakonkan oleh Tiz Zaqyah
  • Adam dipegang oleh Remy Ishak
  • Aidil pula dilakonkan oleh Fizz Fairuz
  • Watak Aidil semasa usia 70 tahun dipegang oleh Rahim Razali,
  • Nur Amina 70 tahun dilakonkan oleh Afida ES,
  • Watak Maryam masa 5 tahun dilakonkan oleh Mia Sara, 
  • watak Ilyas ialah Ilyas Suhaimi.
  • Jamal watak budak liar dipegang Shafie Naswip. 
  • Sara Ali remaja liar yang ada hati dengan Adam.


Lagu OST Nur Kasih The Movie









- NOTA KAKI -

arghh..x sabar rasanya nak tengok movie NKTM nihh...
xleh tengok kat cinema pon xpe..
asalkan boleh tengok je...
sape2 yg ada movie ni...
ermmm..aisyah nak blehh???
at 5:07 AM coret-coret aisyahusna 0 0 omelan manja
Labels: Filem / Drama
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
 Silent Reader (s)

✿ aku tak berdaya ✿

✿ pengarang jantung ✿

✿ ThIS iS mE ✿

My photo
aisyahusna
currently studying Bahasa Melayu course in IPG Kampus Tg Ampuan Afzan , Pahang...teacher-to-be...^^
View my complete profile

✿ click me :) ✿

✿ chit-chat room ✿


ShoutMix chat widget
;)
get this

✿ Post terkini ✿

get this widget here

kategori (◕‿◕✿)

  • Contest (2)
  • Dunia Kampus (16)
  • Fakta (8)
  • Filem / Drama (5)
  • Keluarga (3)
  • Kembara (6)
  • Lagu (3)
  • Perasaan (5)
  • Personal (17)
  • Remaja (4)
  • Tazkirah (14)

✿ conteng-conteng ✿

  • ▼  2011 (115)
    • ►  December (5)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (7)
    • ►  July (8)
    • ►  June (10)
    • ▼  May (16)
      • Gardening ^_^
      • Pencarian Kebahagian
      • A Day with Mufidah
      • T.U.D.U.N.G
      • Kesya Contest (Aku & Tudung)
      • Exams are OVER
      • :: SUNSHINE SMILE CONTEST STARTS NOW!!!! ::
      • COUPLE sebelum kahwin, tak best
      • Nur Kasih The Movie
      • KAU Suka DIA ?
      • Duhai Hati..BERSABARLAH..
      • Istikharah Cinta
      • Senyuman Hari Ini
      • Annual Dinner BM2
      • ♥ Buatmu IBU ♥
      • Home Sweet Home
    • ►  April (18)
    • ►  March (12)
    • ►  February (12)
    • ►  January (15)
  • ►  2010 (4)
    • ►  December (4)

✿ saya baca belog ini ✿

  • Hami Asraff
    Kenangan, Rindu, Ujian, Harapan.
  • The Other Khairul
    Kelemahan dan Keburukan Seseorang Juga Merupakan Satu Rezeki
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
  • Irine Nadia Marcello
    Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
  • .. cik epal ..
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Hanis Zalikha
    Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
  • SolihinZubir.com

✿ popular post ✿


Get this widget here

✿ lalulintas ✿

COuNtEr (◕‿◕✿)

49848
Background Labs

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hak milik mutlak ✿ aisyasensei.blogspot.com ✿Dis 2010. Powered by Blogger.
Copyright@2010. All Right Reserved by aisyahusna