-->

:aisynur humaira:

klik-klik


ShoutMix chat widget
;)

Saturday, May 21, 2011

Nur Kasih The Movie

SALAM readers and my followers also...
how 's your weekend???

weekend ni..filem baru iaitu Nur Kasih The Movie masuk panggung..
waaaa...aku nak tengok..huhu...
tapi,jauh la dengan Cinema...
paling dekat pun..kat KL laa...
ni kan..minggu exam..xkan nk g KL ..semata-mata nak tengok movie ni je...kann???
aku tengok kat Facebook, hampir semua update status sal Nur Kasih The Movie...
termasuk aku juga....hehehe..^_^

tu sebab boleh dikategorikan "DEMAM NUR KASIH"


SINOPSIS PENUH 
NUR KASIH THE MOVIE

Jalan cerita Nur Kasih the movie dimulakan dengan pemandangan di padang pasir di Jordan, kelihatan dua orang arab Badwi sedang berjalan jalan, dan tiba tiba dikejutkan dengan  kemalangan ngeri sebuah keretapi berlanggar dengan sebuah kenderaan. Kemudian penonton dibiarkan suspen dengan scene tadi.


Jalan cerita diteruskan di kampung tempat Nur Amina dan Adam dengan kenangan kenangan nostalgia mereka masa dulu.
Isteri Aidil iaitu Aliya telah meninggal dunia disebabkan  kemalangan dan dia meninggalkan dua anak iaitu Ilyas, 7 tahun dan Maryam 5 tahun. Aidil yang kematian isteri dilanda kesedihan dan kemurungan dan dia jadi bapa tunggal terpaksa membesarkan anak sendirian.


Jalan cerita diteruskan lagi, Ilyas semakin dewasa dan dia memahami kesedihan dan kesunyian yang ditanggung ayahnya.  Maryam masih kurang matang dan belum memahami kerana masih kecil semasa kematian ibunya.

.Diteruskan lagi, Nur Amina disahkan mengandung dan ini berita paling gembira buat Adam sebab mereka rupa rupanya sudah agak lama menanti berita gembira tu. Boleh tengok dalam trailer Nur Amina sangat teruja semasa bagitau kat Adam yg dia mengandung.


Adam dan Nur melibatkan diri membimbing anak anak di rumah perlindungan, di situ ada watak Sara Ali sebagai remaja liar yang menaruh hati kepada Adam. Shafie Naswip sebagai kekasih kepada Sara Ali yang jugak seorang remaja liar.
Akhirnya  dugaan datang menimpa dia lagi, suspen kat sini,  ada scene kubur.

 Siapa yang mati? Anak Adam dan Nur agaknya sebab tu Adam terlalu sedih sangat. Mungkin Nur keguguran. Kalau kita ingat, dia pernah kematian anak kerana kemalangan di luar negara semasa isteri dia yang pertama dulu.( dalam drama Nur Kasih ) Adam terlalu sedih dan hampir hampir hilang iman kepada Allah kerana dugaan tu.


Adam dan Nur Amanina telah berazam untuk ke Mekah bagi mencari keredhaan dan mendekatkan diri dengan Allah, mereka berdua nak sambung pelajaran jugak di Jordan. Aidil menggantikan tugas Adam dan Nur bagi membimbing anak anak liar di rumah perlindungan.


Adam dan Amina sangat bahagia kat sana, tapi Adam telah dilanda mimpi yang berulang ulang tentang sesuatu yang buruk bakal berlaku. Adam telah bermimpi yg Nur Amina telah mati di pangkuannya, dan dia sangat risau jika sesuatu tragedi berlaku.
Adam dan Nur telah terlibat dalam satu kemalangan yang dasyat di Jordan, siapakah yang meninggal dunia…Adam atau Nur Amina? Last sekali scene keretapi berlanggar tu mungkin akan merungkai siapa yang terkorban..jeng…jeng..jeng..
Kalau tengok pada watak hari tua, watak Aidil masa usia 70 tahun dipegang oleh Rahim Razali dan Amina ialah Afida Es, so watak Adam tua tak dak kan..jadi Adam le meninggal dalam tragedi tu..hehe tu tekaan je.

Pengarah masih berahsia kat penamat cerita Nur Kasih the movie ni, kalau Adam meninggal, Amina kembali dengan Aidil le..benarkah mimpi buruk Adam yang Amina meninggal dunia?
ok..buat lah andaian sendiri..hehe
Stop kat situ dulu..hehe!!  sama sama nantikan pada 19hb Mei ni di pawagam..siap tisu banyak banyak  yeee
Pelakon  dalam Nur Kasih the Movie:
  • Nur Amina dilakonkan oleh Tiz Zaqyah
  • Adam dipegang oleh Remy Ishak
  • Aidil pula dilakonkan oleh Fizz Fairuz
  • Watak Aidil semasa usia 70 tahun dipegang oleh Rahim Razali,
  • Nur Amina 70 tahun dilakonkan oleh Afida ES,
  • Watak Maryam masa 5 tahun dilakonkan oleh Mia Sara, 
  • watak Ilyas ialah Ilyas Suhaimi.
  • Jamal watak budak liar dipegang Shafie Naswip. 
  • Sara Ali remaja liar yang ada hati dengan Adam.


Lagu OST Nur Kasih The Movie









- NOTA KAKI -

arghh..x sabar rasanya nak tengok movie NKTM nihh...
xleh tengok kat cinema pon xpe..
asalkan boleh tengok je...
sape2 yg ada movie ni...
ermmm..aisyah nak blehh???
at 5:07 AM coret-coret aisyahusna
Labels: Filem / Drama

0 0 omelan manja:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
 Silent Reader (s)

✿ aku tak berdaya ✿

✿ pengarang jantung ✿

✿ ThIS iS mE ✿

My photo
aisyahusna
currently studying Bahasa Melayu course in IPG Kampus Tg Ampuan Afzan , Pahang...teacher-to-be...^^
View my complete profile

✿ click me :) ✿

✿ chit-chat room ✿


ShoutMix chat widget
;)
get this

✿ Post terkini ✿

get this widget here

kategori (◕‿◕✿)

  • Contest (2)
  • Dunia Kampus (16)
  • Fakta (8)
  • Filem / Drama (5)
  • Keluarga (3)
  • Kembara (6)
  • Lagu (3)
  • Perasaan (5)
  • Personal (17)
  • Remaja (4)
  • Tazkirah (14)

✿ conteng-conteng ✿

  • ▼  2011 (115)
    • ►  December (5)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (7)
    • ►  July (8)
    • ►  June (10)
    • ▼  May (16)
      • Gardening ^_^
      • Pencarian Kebahagian
      • A Day with Mufidah
      • T.U.D.U.N.G
      • Kesya Contest (Aku & Tudung)
      • Exams are OVER
      • :: SUNSHINE SMILE CONTEST STARTS NOW!!!! ::
      • COUPLE sebelum kahwin, tak best
      • Nur Kasih The Movie
      • KAU Suka DIA ?
      • Duhai Hati..BERSABARLAH..
      • Istikharah Cinta
      • Senyuman Hari Ini
      • Annual Dinner BM2
      • ♥ Buatmu IBU ♥
      • Home Sweet Home
    • ►  April (18)
    • ►  March (12)
    • ►  February (12)
    • ►  January (15)
  • ►  2010 (4)
    • ►  December (4)

✿ saya baca belog ini ✿

  • Hami Asraff
    Kenangan, Rindu, Ujian, Harapan.
  • The Other Khairul
    Kelemahan dan Keburukan Seseorang Juga Merupakan Satu Rezeki
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
  • Irine Nadia Marcello
    Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
  • .. cik epal ..
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Hanis Zalikha
    Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
  • SolihinZubir.com

✿ popular post ✿


Get this widget here

✿ lalulintas ✿

COuNtEr (◕‿◕✿)

Background Labs

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hak milik mutlak ✿ aisyasensei.blogspot.com ✿Dis 2010. Powered by Blogger.
Copyright@2010. All Right Reserved by aisyahusna