-->

:aisynur humaira:

klik-klik


ShoutMix chat widget
;)

Sunday, June 26, 2011

Ada Apa pada NAMA ?

Pernahkah kita terfikir ada apa pada nama kita sendiri.
Ataupun kita tidak menghiraukan langsung maksud yang tersirat disebalik NAMA itu sendiri.
Adakah anda tidak pernah terfikir..apakah maksud NAMA yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada anda?

Pernahkah anda ditanya oleh rakan-rakan mahupun guru mengenai makna nama anda sendiri?
Tahukah anda, rahsia disebalik NAMA !!!


Nama yang diberikan seseorang mencerminkan betapa ibu bapa menyayangi anak tersebut.
Selalunya ibu bapa akan memberikan nama yang terbaik buat anak-anak mereka supaya anak-anak mereka menjadi seorang yang hebat seperti nama-nama tersebut.
Contohnya, seperti nama-nama para sahabat iaitu Umar Al-Khattab yang mempunyai peribadi yang tangkas dan berani menegakkan kebenaran.

Semestinya ibu bapa tersebut menginginkan anak-anak mereka mempunya peribadi yang unggul seperti tokoh-tokoh tersebut.
Namun, masih ada ibu bapa yang terlepas pandang betapa pentingnya nama anak dalam kehidupan sehingga sanggup menamakan anak dengan nama-nama artis barat atau yang sewaktu dengannya yang tidak membawa  sebarang maksud  dan mungkin juga membawa kepada maksud yang tidak elok.

Contoh nama yang digalakkan untuk lelaki dan perempuan

Aqiff

Khalil

Afandi

Khalis

Adam

Khairi

Afif

Ahnaf


Aiman

Aisar

Aisy

Akmal

Alif

Arman

Asyraf

Atheef

Hafiy

Haikal / Haiqal

Hamiz / Hamizan

Hariz

Tariq

Thaqif
 -: beriqtikaf

-: sahabat yg khusus,yg teristimewa

-: gelaran bgi org yg b'kedudukan

-: yg bersih, suci, ikhlas

-:nama Nabi,teladan,ikutan

-: kebaikanku

-: punya harga diri

-: yg b'pegang teguh pd ajaran agama, lebih suci (lurus)

-: berkat, yg bertuah, kanan

-: yg senag, mudah

-: mewah, kaya

-: sempurna, sangat pandai

-: kawan rapat

-: harapan, inspirasi

-: lebih mulia

-: belas kasihan

-: yg memuliakan

-: pokok yg besar dan subur

-: cerdik, tampan

-: pemelihara

-: bintang subuh, pengetuk hati

-: bijak dan cepat faham
Syifa'

Afifah


Ainul Mardhiyyah


Damia

Darwisyah

Filzah

Hana


Humaira

Husna

Hidayah

Nabila

Nabilah

Naurah

Qathrunnada'

Qurratu' ain

Asma Amanina

Insyirah
-: ubat, penawar

-: berbudi bahasa, punya harga diri, bermartabat tinggi

-: nama bidadari yg tercantik di          syurga untuk para syuhada'

-: kebijakan

-: ahli tasawwuf

-: belahan jiwa

-: kebahagian, rezeki tanpa    kepayahan

-: putih kemerah-merahan

-: yg cantik, yg indah

-: petunjuk Allah

-: mulia, luhur

-: cerdik, mahir

-: bunga

-: titisan embun

-: sedap dipandang mata

-: cita-cita tertinggi



-: kegembiraan, kelapangan hati

Kesimpulannya...carilah nama yang sesuai untuk anak-anak anda suatu hari nanti.
Nama-nama juga amat perlu untuk dipilih agar menjurus kepada peribadi yang diinginkan. Biar nama anak lelaki, menjurus kepada peribadi yang teguh, tegas, kental, berkepimpinan dan berwibawa. Manakala nama anak perempuan, menjurus kepada peribadi yang jernih, lembut dan terpelihara, mencantikkan maruah diri.

Panggillah anak-anak anda dengan nama yang elok. Janganlah apabila nama yang diberi membawa maksud yang baik tetapi tidak menggunakannya, contohnya nama diberi Zakwan tetapi dipanggil Zack dan banyak lagi.

Apabila kita memanggil nama seseorang dengan baik, kita seolah-olah mendoakannya dengan nama yang dipanggil, contohnya nama Insyirah yg membawa maksud kelapangan hati, disamping itu, kita turut mendoakannya supaya berolah kelapangan hati

- Nota Kaki -

Alhamdulillah...nama penuh aku membawa maksud 
" cahaya yang hidup bahagia yang indah dan cantik "




at 2:28 PM coret-coret aisyahusna
Labels: Tazkirah

6 comments:

  1. misz athiqahJune 26, 2011 at 4:07 PM

    sangat suka entry nie..=).. ibu bapa sekarang main alpa ttg kpentingan mberi nama yg baik pada anak2...sanggup mberi nama yg kosong dan xmberi kbaikan pada roh si anak...

    p/s--> dah lama simpan nama2 tuk bakal anak2..=p..pasti menggunakan nama umar aisy dan umar ayish tuk anak lelaki dan anak perempuan mesti ada nama humairah...=)...mudah2an dikurnikan anak nnt..=p

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. aisyahusnaJune 26, 2011 at 8:56 PM

    :~ misz athiqah ~:

    terima kasih kak..kadang2 ibu bapa zaman skrg hanya memikirkan nama yg glamour tuk diberikn kpd anak2..supaya kelihatan moden dan popular..shingga rahsia disebalik nama itu sendiri ..diabaikan..

    wahh..menarik juga nama cadangan tuk bakal anak akkak yee..mcm nama dlm watak sebuah novel gamakya..insyaAllah niat akak utk dikurniakan anak dimakbulkan Allah..bykkan berdoa ye kak...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. nurfarihinJune 27, 2011 at 6:49 AM

    maksud mohamad al fadhil apa ?

    hehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. aisyahusnaJune 27, 2011 at 5:59 PM

    ~nurfarihin~

    boleh sy tau....spe empunya nama...??? hahaha...
    maksud nama mohamad al fadhil ialah...

    ~ yg terpuji, yg maha mulia ~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. AnonymousSeptember 12, 2011 at 3:01 PM

    wahh banyak ilmu nie... leh tanye, pe maksud Ayish Qhaliff..???

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. aisyahusnaSeptember 26, 2011 at 5:10 PM

    aishhh, xdelah..sy pun refer byk rujukan....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
 Silent Reader (s)

✿ aku tak berdaya ✿

✿ pengarang jantung ✿

✿ ThIS iS mE ✿

My photo
aisyahusna
currently studying Bahasa Melayu course in IPG Kampus Tg Ampuan Afzan , Pahang...teacher-to-be...^^
View my complete profile

✿ click me :) ✿

✿ chit-chat room ✿


ShoutMix chat widget
;)
get this

✿ Post terkini ✿

get this widget here

kategori (◕‿◕✿)

  • Contest (2)
  • Dunia Kampus (16)
  • Fakta (8)
  • Filem / Drama (5)
  • Keluarga (3)
  • Kembara (6)
  • Lagu (3)
  • Perasaan (5)
  • Personal (17)
  • Remaja (4)
  • Tazkirah (14)

✿ conteng-conteng ✿

  • ▼  2011 (115)
    • ►  December (5)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (7)
    • ►  July (8)
    • ▼  June (10)
      • Peristiwa Israk & Mikraj
      • Ada Apa pada NAMA ?
      • Janji dan Sumpah Iblis Terhadap WANITA
      • Wanita lebih menghargai
      • Tree of Heaven
      • :: Kenangan itu INDAH ::
      • Cuti Sakan
      • Elementary School Reunion 2011
      • RouNd~RouNd @ Bahau
      • Kembara
    • ►  May (16)
    • ►  April (18)
    • ►  March (12)
    • ►  February (12)
    • ►  January (15)
  • ►  2010 (4)
    • ►  December (4)

✿ saya baca belog ini ✿

  • Hami Asraff
    Kenangan, Rindu, Ujian, Harapan.
  • The Other Khairul
    Kelemahan dan Keburukan Seseorang Juga Merupakan Satu Rezeki
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
  • Irine Nadia Marcello
    Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
  • .. cik epal ..
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Hanis Zalikha
    Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
  • SolihinZubir.com

✿ popular post ✿


Get this widget here

✿ lalulintas ✿

COuNtEr (◕‿◕✿)

Background Labs

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hak milik mutlak ✿ aisyasensei.blogspot.com ✿Dis 2010. Powered by Blogger.
Copyright@2010. All Right Reserved by aisyahusna