klik-klik


ShoutMix chat widget
;)

Monday, April 25, 2011

Hikmah Ujian


“Dan sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (pengikut) dan buah-buahan (biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami akan kembali’. Meraka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Al Baqarah : 155-157 )

berdasarkan entry blog kali nih..
aku just nak cter sal msg aku ngn sorg member aku ni...

petang tdi...aku tdo..tbe2 masuk la stu msg...
senang2 aku panggil dy Z  la ea...
dia ni..kiranya mualaf la..walaupun dh lama peluk Islam..
tapi..kiranya..msih dlm proses mendalami Islam la..

********************

Z     :  
Salam awk.....

Aku :  
Wassalam....yee saya...

Z     : 
 Awak watpe ?..Saya sedih sangat...Kenapa la banyak sangat dugaan yg saya alami ..
          Mula-mula jatuh motor (accident) ..pastu, sekarang kena demam campak pulak..
          huhu..lepas ni..xtau apa plak bala yang akan datang....

Aku : 
 Lah...bukan bala la awak...tapi dugaan tuk awak..Allah xkan uji ummatnya dengan 
ujian yg umatnya sendiri xdpt tanggung..Allah bagi ujian kat awak..maknanya, 
awak bleh tanggung semua ni..banyakkan bersabar ea awk..
mungkin ada hikmah disebalik semua ni...

Z  :  
Betul ada hikmahnya..selepas saya accident, saya dapat berbaik dengan roomate saya
 dan hubungan kami semakin rapat sekarang...xde la macam dulu..sebelumnya, 
kami selalu wat hal masing2..tapi, lepas kejadian 2, semuanya berubah...
tapi...kenapa dugaan datang lagi???...apa pulak hikmah disebalik dugaan ini..???..
.Mungkinkah semua ni..terjadi kerana dosa-dosa saya ..huhuhu....

Aku  :
Awak...nak tau x...? Setiap sakit yang Allah berikan pada hambanya 
merupakan salah satu cara untuk menghapuskan dosa-dosa kecil  hamba-Nya itu...
Apa hikmah yang akan awak dapat lepas ni ? saya sendiri pun xtau..
Mungkin , cuma nak menghapuskan dosa-dosa awak yang lalu..
ataupun supaya nak dekatkan diri awak pada Allah...
Fitrah manusia...bila berada dalam kesusahan mahupun kesulitan..
pasti akan ingat pada Allah...

Z  :
Mungkin betul..apa yang awak cakap..

Aku  :
Bagus lah kalau awak fikir macam 2..banyakkan bersabar dan berdoa ea...
dekatkan diri pada Allah...mohon pada-Nya...

Z  :
okay awak...thanks awak..

Aku  :
Welkem awak..

*****************

Allah tidak akan memberikan dugaan, melebihi kemampuan hamba-Nya


Okay la..merujuk pada TAJUK DIATAS....
mungkin setiap ujian yang kita alami..ada hikmahnya..
sama ada kita sedar ataupun tidak...
so, sabar dan tabah ea...
sume orang akan ditimpa ujian...
tp, dalam pelbagai cara dan keadaan la...
lain orang..lain ujiannya...

- maaf, kalau silap -

Dalam sebuah hadits yang sahih disebutkan, pabila Allah rindu akan hamba yang dicintai-Nya, maka Dia akan memerintahkan kepada malaikat untuk mengirimkan sebuah paket hadiah berupa ujian. Dalam sebuah hadits Qudsi, Allah SWT berfirman :  “Pergilah kepada hamba-Ku, lalu timpakanlah berbagai ujian kepadanya, karena Aku ingin mendengarkan rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)


‎"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah"
Yesterday at 01:13 ·  ·  · 


aku harap...ko bersabar ea..kawan...
insyaAllah..pasti akan ada pelangi indah yang muncul untuk ko..kelak..

“Sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar”. (Al Baqarah : 153)

kadang2 ..aku terfikir gak..nak tolong ko mendalami Islam..
tapi, apakan daya aku...
ilmu dah la x seberapa...kalau kau perempuan kan senang...
aku harap sangat..ada kawan2 yg sama jantina dengan kau ..tolong kau memahami sal ISLAM yg suci ini...

ada gak, aku cter sal kau kat ummi aku..ummi cakap..tolong la..apa yang mampu...kalau boleh minta tolong la..sesape yang sama jantina ngn kawan awak 2...tp, sape yg sudi tolong ea...

Rasulullah saw bersabda:  “Tak seorang muslim pun yang ditimpa gangguan semisal tusukan duri atau yang lebih berat daripadanya, melainkan dengan ujian itu Allah menghapuskan perbuatan buruknya serta menggugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya.” (HR Bukhari dan Muslim).



- nota kaki -

insyaALLAH..sama2 la kita...menjadi hamba ALLAH yg taat akan perintahnya..
jadikan lah...UJIAN dan CUBAAN itu sebagai kesempatan untuk meningkatkan kualiti iman kita...Bersabarlah..pasti ada ganjaran yang bakal menanti kita...

Sunday, April 24, 2011

Ashraf Muslim Selamat Bertunang

Ini dia gambar Majlis Pertunangan Pelakon Ashraf Muslim yang telah berlangsung pada jam 9.25 pagi tadi. Cantik dan ayunya tunang Ashraf Muslim. Sedap mata memandang. Ada yang kata, sedikit berisi tapi memang comel. Sesuai dan nampak secocok dengan Ashraf Muslim. Sweet couple.

Mereka mula berkenalan lebih setahun yang lalu. Tengok pada majlis ni macam rasa majlis kahwin la pulak sebab sangat grand. Ni belum kahwin lagi ni. Kalau kawin, mesti lagi happening dan meriah, kan?


Pelakon Ashraf Muslim, 30 tahun telah selamat bertunang dengan Noor Dayana Hj Lokman di rumah Dayana di Gombak. Majlis pertunangan berlangsung pada jam 9.25 pagi tadi. Hantaran pertunangan 5 dulang berbalas 7 dulang dari pihak perempuan. Mereka merancang untuk berkahwin pada tahun ini juga iaitu pada 1 Syawal di Mekah.

Dayana sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka. Pada hari ini juga, Ashraf turut mengadakan majlis perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak pada pukul 12 tengah hari. Klinik tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut pelakon filem Aku Masih Dara ini, klinik itu telah beroperasi sejak 11 tahun lalu dan perasmian ini sempena dengan penukaran nama barunya setelah dia menyertai rakan kongsinya, Lokman Abdul Hamid.


Nampak cantik dan ayu sungguh Noor Dayana, patutlah Ashraf Muslim terpikat. Mereka mungkin akan berkahwin pada 1 Syawal tahun ini di Mekah. Doakan kebahagiaan mereka, amein.

-....huwaaaa.....jelesnya....-

“Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan dia merupakan seorang yang suka merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang dan selesa dengannya. Yang penting, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya. Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini. Sejak sibuk dengan klinik, saya sudah kurang berlakon dan selepas ini akan lebih berhati-hati memilih cerita dan watak demi mengelak timbulnya fitnah. Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak menghormati keputusan saya.”
 - Ashraf Muslim -


inilah NOOR DAYANA LOKMAN - bakal doktor -
tunang ASHRAF MUSLIM

- sedihnya ASHRAF MUSLIM dah tunang..huhu -

btw...alhamdulillah...dy bakal membina masjid dgn perempuan yg bertudung..
xde la..aku rasa cam terkilan sangat...hehe..(mood gatai)
pape pun...SELAMAT BERTUNANG to ASHRAF MUSLIM dan pasangannya

Copyright@2010. All Right Reserved by aisyahusna