klik-klik


ShoutMix chat widget
;)

Thursday, October 20, 2011

Bicara C.I.N.T.A

Assalamualaikum w.b.t

Tidak terlambat rasanya untuk aku berkongsi serba sedikit ilmu yang telah aku perolehi daripada sebuah forum yang diadakan di maktabku sendiri . Forum tersebut bertajuk " Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul".Forum ini telah dikendalikan oleh BIAGA IPGKTAA sendiri. 

Dua orang ahli panel iaitu Dr Farhan Hadi dan isteri iaitu Ustazah Fatimah Syarha telah dijemput hadir bagi berkongsi ilmu mereka. Pasangan bahagia ini merupakan pendakwah bebas, penulis novel dan kolumnis majalah Solusi. Pasti ramai yang pernah membaca karya pasangan ini. Antara karya mereka yang popular ialah Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul dan Denyut Kasih Medik. Alhamdulillah, kedua-dua novel ini telah aku baca. ^^


novel ' Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul' karya Ustazah Fatimah Syarha


novel 'Denyut Kasih Medik' karya Dr Farhan Hadi

Antara input-input yang telah aku perolehi daripada forum tersebut ialah :-

  • cinta itu fitrah, andai salah menguruskannya akan menjadi fitnah, pabila berjaya menguruskan cinta maka akan membawa kepada barakah.
  • cinta itu haruslah disandarkan kepada ALLAH, pemilik cinta yang sejati.
  • jangan melihat sekadar atas nama cinta sahaja tetapi lihatlah pada hakikat cinta tersebut. ( pabila lihat pada luaran sahaja, cinta kan bisa mengaburi mata dan akan meninggalkan efek yang besar)
  • cinta itu sesuatu yang membahagiakan, tetapi cinta juga boleh menggilakan.
  • cinta juga mempunyai batas-batas tersendiri . ( jika tanpa batasan cinta, cerdik pandai juga bisa jadi gila dek penangan cinta yang bertunjangkan nafsu semata)
  • jangan jadikan cinta itu seperti arak yang memabukkan manusia. tapi jadikan cinta itu seperti pedang. jika digunakan dengan betul. cinta mampu menjadikan diri lebih positif ke arah kejayaan.
  • jangan gusar jika tidak mencapai keserasian dalam perhubungan tetapi gusarlah jika syariat tidak sehaluan.
  • dalam memilih pasangan lihatlah pada 4 perkara. kecantikan, harta, pangkat dan agama. dan pilihlah yang beragama kerana itulah yg sebaik-baiknya.
  • jangan gusar dalam mencari pasangan yang soleh atau solehah. tapi gundahlah andai diri ini bukan lagi menjadi soleh atau solehah.
  • percayalah pada janji ALLAH, kerana janji ALLAH itu pasti !

"bicara tentang cinta pasti tiada penghujungnya. tiada sape mampu mendefiniskan cinta secara tepat. kerana cinta itu sifatnye subjektif. hanya orang yang mengalaminya sahaja akan memahaminya... "
                                                                                             - Dr.Farhan Hadi - 







sempat mengabadikan foto bersama pendakwah bebas & penulis iaitu Ustazah Fatimah Syarha

Monday, October 17, 2011

Hikmah S.A.K.I.T

‎Assalamualaikum pembuka bicara. Izinkan saya berkongsi sedikit cerita / ilmu yang saya perolehi daripada 'facebook' mengenai kasihnya Allah kepada hamba-Nya.


4 MALAIKAT YANG MENDATANGI ORANG YANG SEDANG SAKIT...

Tak perlu anda bersedih dalam sakit kerana itu adalah ujian dalam ibadah anda. Salah satu bukti kasih sayang-NYA adalah, Tuhan mengutus 4 malaikat untuk selalu menjaga kita dalam sakit. Berikut adalah penjelasannya;




“Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu semasa sihat dan semasa waktu senangnya.”

Ucapan Rasulullah SAW tersebut diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadist yang lain Rasulullah bersabda :


“Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya.”

Allah memerintahkan :

  • Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.
  • Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya.
  • Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat lesi.
  • Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akanmenyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba.

Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah lalu berkata :

“Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?”

Allah menjawab : “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut.”


Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

“Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”

Maa syaa Allah, Laa Quwwata Illaa Billaah





- Nota Kaki -

semoga cepat sembuh ye wahai sahabat * Munira Anuar * 
*sila layari http://munbulan.blogspot.com/ *
Copyright@2010. All Right Reserved by aisyahusna