klik-klik


ShoutMix chat widget
;)

Monday, November 21, 2011

Happy Anniversary

Assalamualaikum w.b.t


Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan yang ke-20
 buat kedua ibu bapa ku, 
Encik Afandi dan Puan Che Julaida.


Buat kedua orang tuaku :


Ya Allah , 
Tuhan yang menyatukan dua hati kami, 
Engkau campakkanlah ke dalam hati kami, perasaan kasih sayang antara satu sama lain,
sebagaimana Engkau satukan hati Nabi Muhammad saw bersama Saidatina Khadijah r.ha.

Syukur Ya Allah... Berikanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat.



Dengan bertambahnya usia perkahwinan kalian,bertambah jualah limpahan kasih sayang dalam keluarga kita ini.Semoga keluarga kita tergolong dalam keluarga yang sakinah dan rahmah serta dilimpahi mahabbah.Ameen.



p/s : belanja famili makan kat luar malam ni....

Sunday, November 20, 2011

Tidak perlu semua ini

Assalamualaikum w.b.t


Sekadar berkongsi ilmu dan pendapat di ruangan blog picisan ini.


Pabila aku berlegar-legar di ruangan pusat membeli-belah,kadang-kala mata ini terlihat akan gelagat muda-mudi dewasa ini yang sudah jauh tersasar dari syariat Islam terutama sekali dari segi pemakaian.


Kaum Adam memakai barang perhiasan seperti bangle,cincin,rantai.Kadang-kala terdapat juga segelintir daripada mereka memakai perhiasan emas.Adakah perhiasan seperti ini menjadi suatu trend ? Machokah anda bila memakai perhiasan ini ? Tepuk dada,tanya iman anda.


GAMBAR HIASAN




Wahai kaum ADAM sekalian,sila ambil perhatian ! Anda telah diharamkan oleh Allah untuk memakai perhiasan yang menyerupai emas,mahupun emas sekalipun.HARAM.titik.


Kalau anda kurang jelas akan hal ini.Sila rujuk Hadis Nabi Muhammad s.a.w :


Saidina Ali r.a bersabda :


"Rasulullah s.a.w mengambil sutera , lalu meletakkannya disebelah kanannya dan mengambil emas kemudian diletakkan disebelah kirinya , lantas Baginda bersabda : kedua-dua ini HARAM bagi orang lelaki dari umatku .(Hadis riwayat Ahmad , Abu Daud , Nasa'i , Ibnu Hibban dan Ibnu Majjah)


Sudah jelas lagi bersuluh yee para sahabat.




Tetapi,haruslah diingat disini yee,jangan melonjak-lonjak kegirangan bila anda memakai perhiasan silver mahupun gangsa sekalipun. Sila rujuk hadis ini :


Berdasarkan hadis Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah :


"Sesungguhnya haram (orang lelaki) menyerupai mereka (orang perempuan) antaranya ialah dengan memakai perhiasan yang khusus bagi mereka lagi yang lazim menjadi hak mereka seperti memakai gelang tangan , gelang kaki dan seumpama keduanya "

Faham murid-murid ? *praktis tanya murid-murid,haha*


Sedangkan semasa zaman sekolah pun,barang-barang perhiasan seperti ini akan dirampas oleh pengawas sekolah dan guru dan tergolong dalam golongan barang-barang yang diharamkan dibawa ke sekolah.Jadi, anda fikir-fikirkanlah.


Pada pendapat aku, tidak macho sedikitpun jika anda,iaitu kaum Adam memakai perhiasan seperti bangle,cincin dan rantai.Janganlah sehingga anda menghalalkan benda yang sudah sedia haram disisi-Nya.Sama-samalah kita bermuhasabah diri.Tidak perlu semua ini untuk kelihatan macho dimata semua.




 



Copyright@2010. All Right Reserved by aisyahusna